BAB 28

479 38 3
                                    

                   " Wei Rezza" tegur Darwish yang melihat Rezza termenung melihat file di atas mejanya.

Teguran Darwish membuatkan Rezza tersedar dari lamunannya.

" Ya? " Soal Rezza.

" Kau ok tak? " Soal Darwish. Dia risau, Rezza banyak menghabiskan waktunya dengan termenung sejak dari awal dia datang ke kerja tadi. Tidak seperti hari-harinya yang sebelum ini.

" Yaa" jawab Rezza.

" Kau banyak termenung.. betul ke kau ok? " Soal Darwish lagi. Dia tidak percaya dengan kata-kata Rezza.

" Aku ok.. cuma masih teringat Kes semalam" jawab Rezza, jujur.

" Hmm.. semua orang merasakan kehilangan waktu tu.. tapi jangan disebabkan kejadian tu, kau terus gagal untuk fokus buat kerja." Kata Darwish.

" Ya.. kau datang sini kenapa? " Soal Rezza.

" Kita ada meeting sekarang.. " jawab Darwish.

" Ouhh haa " kata Rezza. Dia terus bangun dari duduknya.

Mereka berjalan ke bilik mensyuarat bersama-sama. Rezza hanya mendiamkan diri ketika berjalan. Tidak seperti perangainya sebelum ini yang sentiasa ada sahaja topik yang ingin dibualkan.


" Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.." mensyuarat mereka dimulakan dengan sapaan Tuan Suhaimi.

" Waalaikumsalam dan Salam sejahtera Tuan " kata mereka serentak.

" Semua sihat? " Soal Tuan Suhaimi.

" Sihat Tuan  "

" Baik.. tujuan saya nak adakan mensyuarat ini.. sebab saya nak maklumkan dekat kamu semua, saya masih akan mengarah kamu semua lagi." Ujar Tuan Suhaimi.

" Disebabkan kegagalan kita dalam Kes semalam, jadi Kes ini masih belum tamat. " Sambungnya lagi.

" Tapi Tuan, kan Zackry tak berjaya keluar? " Soal Ayie.

" Iyaa betul.. tapi tak bermaksud Kes ini ditutup. Ketua diorang dah tak ada tetapi organisasi dia besar.. kita kena cari lagi tempat-tempat lain diorang beroperasi " jawab Tuan Suhaimi.

" Err team Eagle akan bantu sekali ke Tuan? " Soal Darwish.

" Ouh tak.. diorang cuma bantu untuk semalam.. lepas tamatnya misi semalam, diorang terus balik semula ke pejabat diorang. Sebabtu hanya kamu sahaja yang ada untuk mensyuarat ini" jawab Tuan Suhaimi. Mereka mengangguk tanda faham.

" Saya juga nak sampaikan sedikit ucapan dari Tuan Johari." Sambungnya lagi. Mereka semua hanya menunggu Tuan Suhaimi menyambung ayatnya.

" Dia ada kata yang dia minta maaf untuk Kes semalam. Dia berasa bersimpati untuk kematian rakan sekerjanya kamu yang juga sekaligus ejen terbaik SPAJR. Dia berharap supaya kamu semua dapat meredhai pemergian arwah. Dia juga berdoa agar kamu semua dapat tamatkan misi ini dengan jayanya." Kata Tuan Suhaimi. Dia memberitahu semua yang Tuan Johari minta dia sampaikan kepada semua ejen dari Alpha team.

Air mata Sarah jatuh membasahi pipinya. Entah mengapa dia berasa sebak selepas mendengar kata-kata Tuan Suhaimi itu. Dia merindui Dyna. Rezza yang melihat air mata Sarah mengalir terus berasa sebak sekali. Sejujurnya, dia juga sangat merindui Dyna. Walaupun baru sehari Dyna pergi meninggalkan dia, tetapi rasa rindunya tidak dapat diungkapkan.

Air mata Fahrin juga bertakung selepas melihat Sarah menangis. Dia cuba untuk menahan diri dari mengalirkan air matanya. Dia tidak mahu orang lain melihatnya lemah sebegitu.

Suasana di dalam bilik mensyuarat itu tiba-tiba sahaja berubah. Semua orang berasa sebak selepas melihat Sarah menangis. Mereka tahu mengapa dia menangis secara tiba-tiba.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now