Tok, tok, tok... Pintu pejabat Dyna diketuk dahulu sebelum Fahrin melangkah masuk ke dalam.
" Dyna..." Tegur Fahrin dengan nada yang lembut.
" Ya? "
" Kita ada meeting sekarang, jum laa" kata Fahrin.
" Aikk? Kenapa?" Soal Dyna.
" Errr taktau.. aku pun baru tahu sebab Kyle bagitau tadi.. jum laa" Ujar Fahrin. Dyna mengangguk sebelum dia bangun lalu mengikuti langkah Fahrin untuk ke bilik mensyuarat.
" Meeting pasal apa ni? " Soal Dyna kepada Rezza sebaik sahaja dia tiba di sana.
" Pasal esok, kan kita nak pergi sana.. so Tuan Suhaimi nak cakap something sikit" terang Rezza.
" Ooo" kata Dyna sambil menganggukkan kepalanya.
" Err semua dah ada? " Soal Darwish kepada semua orang yang berada disana.
" Dah.." kata Sarah.
" Okey.." Darwish terus duduk di kerusinya.
Tuan Suhaimi bangun lalu berdiri di hadapan mereka semua untuk memulakan mensyuarat mereka.
" Assalamualaikum dan Salam sejahtera" katanya.
" Waalaikumsalam dan Salam sejahtera juga Tuan." Kata mereka serentak.
" Kamu tahu kan esok kamu semua akan pergi jalankan misi?" Soal Tuan Suhaimi.
" Tahu Tuan" kata mereka.
" Jadi saya nak ucapkan semoga berjaya untuk kamu semua. Ini pertama kali saya mengarah kamu jadi, saya berharap kamu semua dapat jayakan misi ini. Good luck semua dan semoga berjaya. Lepas habis misi ini, saya mungkin takkan mengarah kamu lagi.." Ujar Tuan Suhaimi.
Mereka menghantar senyuman kepada Tuan Suhaimi. Lalu, Tuan Suhaimi pun duduk di kerusinya kembali.
" Terima kasih Tuan, " kata Darwish yang bangun selepas Tuan Suhaimi duduk.
" Untuk pengetahuan semua, esok Zackry akan berada disana. Aku, Ayie danAlya dah siasat benda tu" kata Darwish.
" Kenapa kau tak pergi dengan dia?" Soal Kyle kepada Sarah dalam keadaan berbisik.
" Err aku tak berapa sihat waktu tu.." jawab Sarah juga dalam keadaan berbisik.
" Jadi, esok kita akan masuk dalam tu dan tangkap Zackry. Pastikan dia keluar hidup-hidup supaya kita boleh soal siasat dia di mana port dia buat dadah yang lain." Kata Darwish.
" Baik " kata mereka serentak.
Selesai bermensyuarat, Rezza terus menghampiri Alice. Manakala orang lain pergi untuk sambung melakukan kerja mereka masing-masing.
Alice dan team SPAJR Eagle yang lain masih berada di pejabat SPAJR mereka untuk bersama-sama membantu dalam persediaan dan penyiasatan.
" Err kau Alice kan? " Soal Rezza.
" Ya? Kenapa? "
" Aku nak tanya something boleh ke?" Soal Rezza, lembut.
" Boleh.." kata Alice.
Lalu mereka duduk di bangku di luar bilik mensyuarat untuk berborak kosong.
" Aku nak tanya sikit, tapi aku harap kau tak marah la" kata Rezza, kekok.
" Yaa tanya aje laa" kata Alice, lembut.
" Err kau ex girlfriend Fahrin eh? " Soal Rezza, selamba.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...