BAB 31

477 35 5
                                    

                      Dyna mencapai kunci keretanya. Dia berjalan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

Hari ini, dia akan mulakan rancangan pertama dia. Dia akan berjumpa dengan orang yang selalu memerhatikan dia untuk mengetahui tentang perkara sebenar.

Tibanya dia di tingkat bawah, kelihatan Fahrin dan Rafeeq sedang bersarapan.

" Good morning" tegur Dyna kepada Rafeeq dan Fahrin.

" Good morning too! " balas Fahrin, riang.

Malam semalam, Fahrin mengambil keputusan untuk tidur di rumah Rafeeq. Disebabkan dia dan Khai menghabiskan masa dengan bermain game sehingga lewat malam, jadi dia tertidur di sana.

" Morning girl " balas Rafeeq,lembut.

" Breakfast? " Soal Rafeeq kepada Dyna.

" Taknak laa.. Dyna makan luar aje.. lagipun dyna nak pergi jumpa orang tu " kata Dyna. Dia juga mengeleng kepalanya.

" Harini? Cepat betul" soal Fahrin sedikit terkejut.

" Yaa.. aku nak settle kan masalah ni cepat. Aku nak tahu kenapa dia perhatikan aku dan kenapa dia mesti ikut cakap Suhaimi tu" kata Dyna. Fahrin mengangguk perlahan.

" Take care tauu " pesan Rafeeq dengan nada yang lembut.
Dyna mengangguk sambil tersenyum.

" Kau tak pergi kerja ke Fahrin? " Sempat Dyna bertanya.

" Pergi.. tapi aku balik awal kejap lagi. Kenapa? "

" Ouh.. saja tanya. Dyna pergi dulu Raf.. byee.." kata Dyna.

" Abang Rafeeq saja? Aku? " Sampuk Fahrin, selamba.

" Ye la.. aku pergi dulu, jaga diri tu.. " kata Dyna.

" Itu aje? Love you takda? " Soal Fahrin selamba.

" Yee love you my handsome best friend Fahrin Syazrel " kata Dyna. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Rafeeq dan Fahrin.

Fahrin tersenyum malu selepas mendengar kata-kata Dyna. Blushing.

" Nasib baik Raf yang ada dekat sini, kalau si Khai tu ada memang dia goreng Fahrin" kata Rafeeq selepas melihat reaksi Fahrin.










              Dyna memandu menyusuri jalan raya. Selepas 15 minit pemanduan, dia tiba di satu kafe.

Dyna memarkir keretanya sebelum dia masuk ke dalam kafe itu. Matanya terus mencari kelibat seseorang yang ingin dia temui.

" Hai, sorang aje? " Tegur Dyna selepas dia menemui orang yang ingin dia temui.

" Dy Dyna? " Soal Alya tergagap-gagap. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Wajahnya terus bertukar pucat.

" Kenapa muka kau pucat? " Soal Dyna. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Alya.

" Bukan ke kau.. "

" Dah mati? " Dyna memotong ayat Alya tadi. Alya tergamam dan terkaku. Mahu sahaja dia lari dari situ, tetapi badannya tidak dapat bergerak.

" Haha, itu yang kau harapkan? Itu yang boss kau suruh? Nak aku mati? " Soal Dyna sinis.

" Tak.. " Alya cuba untuk menafikan kata-kata Dyna.

" Jangan tipu. Aku tak bodoh lagi." Kata Dyna, mendatar.

" Dyna.. aku.. " Alya sedang mencari alasan.

" Sekarang bagitau aku, kenapa kau selalu perhatikan aku? " Soal Dyna, mendatar.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now