BAB 3

1.1K 65 3
                                    


Blazernya dipakai dan kunci kereta Ferrari dicapai. Kaki melangkah keluar dari pejabatnya.

" Bos dah nak balik? " Soal Nora. Salah satu pekerjanya disitu.

" Ya, saya ada hal sikit. Nak jumpa someone. " Balasnya.
Nora hanya mengangguk tanda faham.

Sebelum dia memulakan pemanduan, sempat dia menghantar menghantar mesej kepada seseorang.

' woi '


' ?? ' - Sam

' Yow bro. Apahal? Salam pun takda. ' - Khai


' Dyna nak jumpa, tempat biasa. Aku otw.
Tadi dia kata lagi 20 minit dia sampai. '


' Bila dia bgitau? ' - Sam

' 15 minit yang lalu, maybe '


' oh k ' - Sam

' Otak kau, baru sekarang nak bagitau ' - Khai
( Read )

' Woi palau ' - Khai

Mesej terakhir yang diterima hanya dibaca sahaja. Malas mahu melayan. Dia tau dia sudah terlambat.

Kereta Ferrari nya dipandu untuk ke tempat yang sudah ditetapkan oleh Dyna.

Kereta Audi R8 Dyna menyusuri laluan yang dikelilingi hutan. Setelah 5 minit memandu ditemani hutan disekitarnya, dia tiba di pintu pagar sebuah rumah agam 4 tingkat yang berada di situ. Rumah itu merupakan satu-satunya rumah yang berada di kawasan itu.

Pintu pagar dibuka setelah seorang pengawal keselamatan melihat kereta Dyna. Pengawal keselamatan itu sudah mengenali kereta Dyna, dia seperti sudah terbiasa. Sempat pengawal itu mengangkat tangan menandakan ucapan apa khabar. Dyna hanya mengangguk dan terus memandu masuk ke kawasan rumah itu.

Keretanya diparkir di hadapan pintu utama sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.

Dyna ternampak sosok tubuh seorang lelaki sedang duduk di sofa sambil membaca novel. Lelaki itu menghentikan perbuatannya apabila terlihat Dyna.

" Hey Dyna. Raf kata Dyna nak jumpa. Why? Dyna ada masalah ke? " Soal lelaki itu.

" Ya hai, yaa Dyna nak jumpa tapi.. tunggu diorang dulu la. " Balas Dyna.

Mereka tidak menunggu lama. Selepas 5 minit, kedengaran bunyi kereta Ferrari sf90 seseorang masuk ke halaman rumah.

Keretanya diparkir lalu dia mengatur langkah memasuki rumahnya.

" Hai gais. Sorry lambat busy sikit tadi. " Katanya.

" It's okay " balas Dyna.

" Mana Khai? Tak datang lagi? " Soal lelaki itu. Dyna hanya mengangguk menandakan iya.

" Manusia tu memang selalu lambat. Biarkan ja la dia. Kalau nak tunggu dia sampai esok pun belum tentu datang. Buang masa ja. " Kata Sam.

Sheikh Akil Mikael atau dipanggil Sam, merupakan lelaki berumur 26 tahun yang bekerja sebagai chef sekaligus pemilik restaurant 5 bintang iaitu Samzy'DF Restaurant di Kuala Lumpur. Perwatakkannya sentiasa dingin dan serious sepanjang masa tetapi dia mempunyai hati yang mulia dan penyayang. Sam tidak mengenali erti cinta. Baginya cinta hanya membuang masa. Dia juga tidak ramah dengan mana-mana perempuan dan dia tidak menyukai perempuan lemah. Dirinya selalu mengambil berat tentang kehidupan Dyna. Hanya Endyna Daisha sahaja perempuan yang dia akan menunjukkan sisi ceria dia.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now