BAB 10

600 49 9
                                    


Dyna meneliti setiap maklumat yang berada didalam file kes. Satu persatu helaian dibaca. Apabila dia membaca helaian terakhir, senyuman sinis terukir di wajahnya.

" Nasib baik aku tak bodoh lagi " katanya sendiri.

Telefonnya dicapai, lalu dia menghubungi seseorang.
Panggilan diangkat.

" Hello " kedengaran suara Rafeeq disebalik Telefon.

" Raf, tadi pagi Raf nak bagitau apa? " Soal Dyna.

" Ouhh itu, Khai pergi Puchong. Dia pergi jumpa budak yang siasat Kes Dyna dulu. Hakimi nama dia." Jawab Rafeeq lembut.

" Ohh dia kata apa?" Soal Dyna lagi.

" Dia kata budak tu bagi maklumat pasal orang yang khianati diorang tu dah meninggal. " Jawab Rafeeq.

" Maksud? " Soal Dyna tidak faham.

" Eiman, tapi dia tak mention la nama. Lepastu dia ada bagitau lagi yang ketua baru Dyna tu Suhaimi yang kita kenal. " Jawab Rafeeq.

" Ohh. Dyna nak jumpa Raf boleh? Kejap lagi.." soal Dyna lembut.

" Bolehh.. kejap lagi kita lunch sekali. Pukul 2 boleh?"

" Emm boleh.. jumpa dekat restaurant Sam" kata Dyna.

" Okey " balas Rafeeq lembut.

Panggilan dimatikan. Dyna menyambung kerjanya sementara menunggu pukul 2.00 untuk makan tengahari.

Tok, tok, tok

Pintu pejabatnya diketuk.

" Masuk " kata Dyna.

Fahrin masuk sambil membawa file Kes yang lain.

" Dyna " tegur Fahrin.

" Hmm, apa?" balas Dyna mendatar.

" Kau dah baca file Kes yang Tuan Suhaimi bagi ke? " Soal Fahrin.

" Dah, kenapa? " Soal Dyna pula.

" Tak pelik ke? Maklumat yang dia bagi semua bertentangan dengan apa yang kita jumpa. " Kata Fahrin dengan nada yang berbisik.

" Yee aku tau, sebabtu aku tak percaya.. aku tak bodoh lagi nak percaya semua maklumat tu bulat-bulat" balas Dyna mendatar.

" Habis tu kita nak buat apa? Ikut aje maklumat ni atau siasat sendiri? " Soal Fahrin meminta pendapat.

" Emm aku taktau laa, kenapa dia nak tangkap sangat si Zackry tu.. padahal kau pun tahu kan organisasi yang Zackry join dulu bukannya organisasi besar. Kenapa dia nak sangat tangkap Zackry? " Kata Dyna.

" Entah, aku rasa ada something yang tak kena la.. kita nak buat apa sekarang ni? " Soal Fahrin risau.

" Emm aku rasa kita kena minta tolong, sebab dalam team ni kita dua aje yang tau the truth. Kejap lagi pukul 2 aku nak pergi restaurant Sam nak jumpa Raf, kau nak ikut ke? " Soal Dyna.

" Haa boleh jugaa.. aku tumpang kau ehh? " Soal Fahrin.

" Yaa bolehh " balas Dyna lembut.











Jam menunjukkan pukul 2.00 . Dyna menghentikan kerjanya lalu berjalan keluar dari pejabatnya.

" Uii Dyna, kau nak pergi mana? " Tegur Rezza yang terserempak dengan Dyna.

" Makan " jawab Dyna sepatah.

" Ohh dengan sapa? Dekat mana? " Soal Rezza.

" Sibuk aje " kata Dyna mendatar, dia terus pergi meninggalkan Rezza yang berdiri terkaku.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now