BAB 59

511 34 15
                                    

         

        
                Dyna mencapai Telefonnya lalu mendail nombor Fahrin. Selepas beberapa saat, panggilan dijawab oleh Fahrin.

" Good morning... I miss you.. ! " Kata Fahrin sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Dyna.

" Kau demam ke pagi-pagi ni?" Soal Dyna, mendatar.

" Tak lah, aku sihat aje. Sampai hati tak balas balik sapaan aku.." Kata Fahrin.

" Ya good morning too" kata Dyna.

" Kau tak rindu aku?" Soal Fahrin.

" Tak." Jawab Dyna, ringkas.

" Dasar." Kata Fahrin.

" Mia siapa jaga?" Soal Dyna, mendatar.

" Rezza dengan Ayie " jawab Fahrin.

" Sampai bila?"

" Kejap lagi tukar la tu.. giliran Darwish dengan Sarah pula."

" Ok pukul berapa?" Soal Dyna lagi.

" 11 macam tu.. kenapa?"

" Aku nak jumpa someone. Tolong aku boleh?"

" Jumpa someone? Rezza? Kau rindu eh? Ceyyy "

" Otak kau. Bukan dia lah." Kata Dyna, malas.

" Kau nak jumpa siapa? Darwish?" Soal Fahrin lagi.

" Haah, ada benda yang aku nak cakap sikit." Kata Dyna.

" Kau gila? Kau nak cakap apa? Kalau tiba-tiba dia bagitau orang lain kau datang macam mana?" Soal Fahrin, bertubi-tubi.

" Aku nak cari bukti untuk salahkan dia. Kalau dia bagitau orang lain aku lari la.." kata Dyna.

" Kau cakap senang.. kalau kena tangkap lagi?"

" Tak akan kena tangkap. Percayalah aku. Lagipun Fairuz dengan pihak hospital tu kan kenal aku... Kalau tak aku tak hantar dah Mia ke situ. Kau pun tahu aku tak percayakan hospital lain."

" Hmm.. ye la.. jumpa dekat hospital. Aku nak pergi sana juga lah" kata Fahrin.

" Tak payah." Kata Dyna.

" Biar lah, kaki aku, bukan kaki kau." Kata Fahrin, selamba. Dia terus mematikan panggilan.

" Dasar degil." Kata Dyna sendiri.












              Jam menunjukkan pukul 11:15 minit pagi. Dyna bergerak ke hospital dengan menunggang motornya.

Sports bike jenis R15 berwarna hitam menyusuri jalan raya. Setibanya Dyna di sana, dia terus memarkir motornya itu. Face mask dipakai, bersama hoodie berwarna hitam menutupi kepalanya. Ini supaya pihak polis yang menjaga keadaan di sana tidak mengenalinya.

Dyna melangkah naik ke tingkat atas untuk ke wad yang didiami Mia. Butang lift ditekan.


" Woi ! Terkejut aku." Kata Fahrin sedikit terkejut selepas Dyna tiba-tiba sahaja menyentuhnya sewaktu dia sedang berjalan.

" Yang kau terkejut beruk macam nampak hantu ni kenapa?" Soal Dyna, mendatar.

" Salah kau lah. Aku ingat malaikat maut mana tiba-tiba sentuh aku. Dengan pakai semua hitam. Mask lagi. Nasib baik aku takda sakit jantung. Kalau tak dah arwah aku ni." Kata Fahrin, sedikit marah.

" Malaikat maut? Orang secantik Dyna ni kau gelar malaikat maut?" Sampuk Rezza.

" Eh, kau datang dari mana?" Soal Fahrin.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now