BAB 25

466 36 13
                                    

                    " Semua berkumpul dulu" arah Dyna. Mereka yang lain pun terus berkumpul selepas mendengar arahan.

Hari ini, Dyna bersama-sama rakannya yang lain akan bersama-sama menjalankan misi mereka. Mereka akan pergi menyerbu masuk bangunan yang sudah ditetapkan.

" Dah ready ke? " Soal Dyna.

" Dah " jawab rakannya yang lain.

" Ok baik.. team Biro Siber akan naik van Siber.. Van tu akan berada 50 meter dari bangunan. Kyle pula, kau akan naik dengan aku... Kita akan asingkan kenderaan.. naik ikut team yaa.. sampai sana, semua ambil tempat masing-masing dan tunggu arahan. Pihak atasan akan berada diluar kawasan. Kita dah sediakan pasukan perubatan andai jadi apa-apa." Ujar Dyna. Mereka semua mengangguk.

" Ingat, jaga diri dan jaga pasukan. Jangan tinggalkan misi jika tak diberi arahan. Dan sentiasa dengar arahan. Semua boleh gerak" selesai Dyna berpesan, mereka terus masuk ke dalam kenderaan mereka untuk bergerak ke kawasan yang ditetapkan.

Team Alpha dan team Eagle menaiki kenderaan mereka masing-masing. Manakala team Siber akan menaiki van khas mereka.

" Plan kita dengan Zackry tu jadi ke? " Sempat Fahrin bertanya kepada Dyna.

" Jadi.. Zackry akan ada dekat sana. Abang-abang aku pula akan duduk 100 meter dari bangunan tu. Diorang akan kawal pergerakkan Suhaimi tu.." balas Dyna.

" Baik.. take care tauu" kata Fahrin, lembut.

" Yaa kau juga.. and nanti tolong jagakan Opah dengan Mia untuk aku.." kata Dyna. Dia terus melangkah pergi.

Fahrin mengerutkan dahinya. Dah kenapa?




                    Selepas 45 minit perjalanan, mereka pun tiba di lokasi yang ditetapkan. Seperti arahan, Biro Siber akan berada 50 meter jauh dari bangunan itu. Ini agar keselamatan mereka terjamin dan tidak diketahui musuh. Kenderaan yang lain juga diparkir berdekatan bangunan itu.

" Team 1 ready? " Soal Dyna. Setiap orang mempunyai alat mendengar masing-masing bagi memudahkan mereka mendapat arahan.

" Ready " jawab Rezza.

" Baik, team Siber ready? " Soal Dyna lagi.

" Ready " jawab Fahrin.

" Team 2 ready. All team ready. Team 1 boleh gerak masuk.." arah Dyna.

Maka, pasukan pertama iaitu Rezza, Darwish, Alya, Alice, Kimie dan Dahlia berjalan masuk ke dalam bangunan itu sambil memegang senjata mereka.

" Clear" kata Rezza. Dia memeriksa bilik yang terdapat di dalam.

" Sini pun clear " kata Alice.

" Korang akan nampak satu bilik dekat hujung belakang tu.. situ ada pintu masuk" kata Faiz dari pasukan siber.

Rezza dan pasukannya terus melangkah pergi seperti yang diarahkan.

Rezza mengangkat tangannya sedikit menandakan untuk berhenti.

" Ada serigala " bisik Rezza. Dia juga mengira musuh-musuh yang terdapat di laluan itu.

" Clean them up. Tapi jangan buat bising sangat" arah Dyna. Rezza, Darwish, Alice dan Dahlia terus maju memensankan musuh didepan mereka. Alya dan Kimie pula memerhati sekeliling jika ada musuh yang lain datang.

" Clear. Korang boleh masuk" Kata Darwish selepas mereka berjaya memensankan musuh.

" Okey.. Kyle ikut belakang aku.. yang lain sambung." Kyle menganggukkan selepas diberi arahan oleh Dyna.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now