" Ya Encik, apa yang boleh saya bantu?" Soal seorang jururawat selepas melihat Ayie datang menghampiri kaunter.
" Saya nak jumpa doktor Fairuz.." kata Ayie, lembut.
" Ada appointment tak?" Soal jururawat itu.
" Takda.. saya nak jumpa dia, ada hal penting. Hal peribadi." Terang Ayie.
" Ouhh, duduk dulu ya.. " kata Jururawat itu.
Ayie mengangguk kepalanya lalu dia mengambil tempat dahulu sementara menunggu Fairuz.
" Err Encik, Encik boleh jumpa doktor Fairuz " kata Jururawat tadi selepas beberapa minit Ayie menunggu.
" Baik" kata Ayie lalu dia bangun dari duduknya.
" Ikut saya yaa" kata Jururawat itu.
Ayie mengikuti jururawat itu untuk pergi ke pejabat milik Fairuz.
Jururawat itu mengetuk dahulu pintu sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam.
" Duduk" arah Fairuz.
Ayie terus mengambil tempat duduk berhadapan Fairuz. Manakala jururawat tadi terus berlalu pergi meninggalkan Fairuz dan Ayie.
" Err, saya Ayie" kata Ayie.
" Aku kenal.. Ayie Aidan kan?" Soal Fairuz.
Ayie mengangguk perlahan kepalanya.
" Kenapa kau datang sini?" Soal Fairuz lagi.
" Dyna minta saya bagi pen drive ni" kata Ayie sambil menghulurkan pen drive kepada Fairuz.
" Jangan formal sangat.. guna gelaran aku kau boleh? Aku rasa macam gay pula bila guna gelaran saya awak." Ujar Fairuz sambil mencapai huluran Ayie.
" Gay? Err boleh-boleh." Kata Ayie.
" Apa isi pen drive ni?" Soal Fairuz.
" Entah, Dyna cuma suruh bagi dekat kau. Nanti kau bagi dekat dia." Jawab Ayie.
" Hmm macam mana aku boleh percayakan kau?"
" Ayang." Kata Ayie.
" Apa ayang-ayang?! Ingat aku gay ke? Takkan la lelaki macam aku minat sejenis?!" Soal Fairuz, terkejut.
" Ehh, bukan.. dia cakap kalau kau tak percaya, dia suruh sebut ayang ka apa tah.. lebih kurang macam tu.." terang Ayie, gelabah.
" Ouhh, ok aku percayakan kau.. dah tu ja kan?"
" Yaa" jawab Ayie.
" Haa, balik la.. aku ada kerja." Arah Fairuz.
Ayie mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Fairuz.
Dyna mencapai kunci motornya sebelum dia melangkah turun ke tingkat bawah.
" Uii dah nak pergi ke?" Tegur Rafeeq selepas ternampak Dyna.
" Haah" jawab Dyna.
" Hati-hati.. jangan sampai kena tangkap lagi." Pesan Rafeeq, lembut.
" Baik.. ada nampak Khai tak?" Soal Dyna.
" Cari kite ke?" Sampuk Khai.
" Haah, jom la.. kata nak ikut" kata Dyna.
" Okey let's go!" Kata Khai, teruja.
Dyna menunggang motornya untuk ke rumah Fairuz bagi menjemput Zackry, manakala Khai memandu kereta Dyna.
Setibanya di rumah Fairuz, kelihatan Zackry dan Fairuz sedang menunggu di luar rumah.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...