" Dyna !!!! " Jerit Fahrin. Dia juga mengetuk-ngetuk pintu bilik Dyna dengan kuatnya.
" Bangun Dyna.. !! " Jerit Fahrin lagi selepas tiada apa-apa respon dari Dyna.
Dyna yang mendengar jeritan Fahrin terus terjaga dari lenanya. Dia meraup kasar wajahnya.
" Musibat mana pula ketuk-ketuk pintu nihhh " katanya sendiri.
" Dyna... Ooo Dyna.. " panggil Fahrin. Kali ini dia tidak menjerit.
" Apa?! " Soal Dyna, suaranya dikuatkan sedikit.
" Bangun... Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun ke?! Anak dara apa macam ni?!" Kata Fahrin. Seperti emak-emak bangunkan anak.
Dyna terus melihat kearah jam yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya. Jam menunjukkan pukul 11.10 pagi.
" Yee laa.. " kata Dyna. Dia terus bangun lalu menghampiri pintu biliknya.
" Haa bangun pun.. " kata Fahrin selepas Dyna membuka pintu biliknya.
" Nak apa? Tak puas ke semalam dah bising? " Soal Dyna, tidak berpuas hati.
" Abang Sam suruh kejut kau.. so aku kejut la.. dah nak tengahari baru nak bangun? Ish ish ish.. " kata Fahrin, selamba.
" Eh? Siapa yang memekak sampai orang susah nak tidur semalam? Siapa? hah? " Soal Dyna.
" Entah, yang aku tahu orang tu hensem " jawab Fahrin, selamba.
" Perasan. " Kata Dyna sambil menjeling Fahrin.
" Dah, pergi la mandi, lepastu turun. Abang Sam masak mushroom soup dengan garlic bread tau.. kau lambat aku habiskan. " Kata Fahrin dengan senyuman mengejek.
" Kalau kau habiskan, memang aku goreng kau lepastu bagi babi hutan makan kau. " Kata Dyna mendatar.
" Aaa tachodd.. abang Sam !! Dyna cakap babi.. !! Cili mulut dia.. !! " Jerit Fahrin sambil berlari meninggalkan Dyna.
" Kawan siapa la tu " kata Dyna. Dia terus menutup semula pintu biliknya. Dia bersiap-siap dan membersihkan diri untuk bersarapan.
Selesai membersihkan diri, Dyna terus turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.
" Good morning princess ketot Khai ! " Tegur Khai yang ternampak Dyna datang menghampiri mereka.
" Yaa good morning " balas Dyna. Dia terus mengambil tempat bersebelahan Rafeeq.
" Makan laa.. favorite Dyna tu.. " kata Sam, lembut. Dyna mengangguk perlahan.
" Nasib baik kau cepat. Aku baru ingat nak habiskan tadi " kata Fahrin, selamba. Dia cuba untuk mengusik Dyna.
" Takpa kalau Fahrin habiskan, Sam boleh masak lagi untuk Dyna " sampuk Sam selepas mendengar kata-kata Fahrin itu.
Fahrin mencebik mulutnya. Dyna terus menjelir lidahnya kepada Fahrin sebagai tanda mengejek.
" Dah la.. makan " arah Rafeeq.
Mereka menikmati sarapan pagi mereka bersama-sama.
" Ohh ya, Dyna sebenarnya dah ada rancangan. " Kata Dyna.
" Ya? Apa tu? " Soal Rafeeq.
" Tapi sebelum tu, Dyna nak bagitau pasal rancangan sebenar Suhaimi tu. " Kata Dyna. Mereka hanya menunggu Dyna menyambung ayatnya.
" Misi team Fahrin kena pergi tangkap semua orang yang terlibat dengan Black Haisumi. Sebenarnya... itu semua penipuan semata-mata. Suhaimi tu gunakan diorang untuk tangkap geng-geng dadah dekat negara ni. Supaya dia atau Black Haisumi jadi satu-satunya organisasi yang edar dan buat dadah." Ujar Dyna.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...