Rafeeq memecut laju keretanya selepas mendapat panggilan dari Sam. Sam menyuruh Rafeeq dan Khai untuk bergegas ke hospital tempat Fairuz bekerja.
Setibanya mereka disana, Rafeeq terus memarkir keretanya lalu bergegas masuk ke dalam. Kelihatan Sam sedang menunggu mereka di kaunter mendaftar.
" Kenapa kau suruh kitorang datang sini? " Soal Rafeeq sebaik sahaja dia menghampiri Sam.
" Ada la..." Jawab Sam, selamba.
" Ada la? Kau nak buang masa aku ke? Kau tau tak apa yang jadi dekat Dyna hah?!" Soal Khai dalam keadaan marah.
" Aku tau.. " jawab Sam, selamba.
" Kenapa kau relax sangat? " Soal Rafeeq selepas melihat wajah Sam seperti tiada apa-apa yang terjadi.
" Ikut aku " arah Sam. Rafeeq dan Khai hanya diam sambil mengikuti langkah Sam.
Mereka tiba di satu bilik wad vip. Pintu dibuka, kelihatan Zackry sedang terbaring di atas katil. Manakala, Dyna dan Fairuz sedang bermain PUBG mobile bersama-sama.
" Dyna " panggil Sam.
Dyna yang sedang bermain terus menghentikan perbuatannya lalu melihat ke arah Sam, Rafeeq dan Khai yang berjalan menghampiri dia.
" Haii ! " Sapa Dyna sambil tersenyum.
Rafeeq dan Khai membuntangkan mata mereka. Mereka terkejut dengan apa yang dilihat mereka.
Dyna masih hidup? Yes !
" D Dy Dyna?! " Soal Khai tergagap-gagap.
" Miss me? " Soal Dyna sambil tersenyum.
Khai terus berlari ke arah Dyna lalu memeluknya. Dyna membalas pelukkan Khai.
" Fahrin kata Dyna tak selamat..." Kata Khai.
" Kalau Dyna mati.. tamat la cerita ni.." balas Dyna.
Rafeeq tergamam sekejap. Dia mengosok matanya mahu memastikan jika dia bermimpi atau tidak.
You're not dreaming bro..
Rafeeq terus memeluk Dyna. Dia gembira adiknya selamat dari letupan itu.
Sam yang melihat tidak mampu berkata apa-apa. Dia tahu Rafeeq dan Khai pasti akan sedih jika Dyna pergi meninggalkan mereka.
" Eh ni dah jadi drama tv berapa ni? Aku sapa nak peluk? " Sampuk Fairuz pula. Dari tadi dia hanya memerhatikan drama adik beradik itu.
" Hug yourself " kata Sam selamba. Mereka meleraikan pelukkan.
"Dyna ok ke? Tak cedera dekat mana-mana? " Soal Khai, risau.
" Err.. Dyna ok.. tapi Zackry..." Dyna melihat Zackry yang sedang terbaring dengan kepalanya berbalut dan tangan kanannya juga berbalut.
" Dia ada cedera sikit dekat kepala.. tangan dia pula patah" sambung Fairuz. Khai terus menghampiri Zackry.
" Bro.. bangun bro.. angkat kain, hari nak hujan" kata Khai sambil mengerak-gerak badan Zackry.
Zackry membuka matanya selepas mendengar suara Khai.
" Kau memang nak mati bro.. mimpi buruk aku lepas dengar suara kau. Aku baru aje nak tidur sekejap" kata Zackry.
" Hahahahaha... padan muka." Kata Khai selamba. Dia juga ketawa jahat selepas mendengar kata-kata Zackry. Zackry menjeling Khai.
" Eh jap, macam mana korang boleh ada dekat hospital? And macam mana kau boleh sampai sini? " Soal Rafeeq kepada Sam.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...