BAB 40

503 34 6
                                    



                     " Tua-tua pun keluar masuk club " kata Khai. Dia dari tadi memerhatikan setiap gerak geri Tuan Suhaimi. Khai duduk memerhati dari meja di club itu.

" Anak bini ada dekat rumah tengah tidur, dia boleh berfoya-foya dekat situ. Dasar orang tua gatal. Kalau aku jadi bini dia, aku jual aje dekat bapuk." Katanya lagi.

" Err sorry, you sorang saja ke? " Soal seorang gadis berpakaian tidak cukup kain yang datang menghampiri Khai.

Khai memandang gadis itu dengan pandangan yang tajam.

" Ya aku sorang. Kenapa? Dah tak pandai kira? Ada nampak orang lain ka dekat sini?" Soal Khai, dia menyampah.

" Kalau you sorang.. jom la I temankan you.. I pun tengah sorang-sorang ni.." kata gadis itu penuh manja.

" Kau siapa? Tiba-tiba aje datang nak temankan aku. Tak malu eh? " Soal Khai.

" Nama I Elly.. boleh panggil Elly atau baby pun takpe hehehe" kata gadis itu. Dia juga menghulurkan tangannya untuk bersalam. Cepat-cepat Khai menepis tangan gadis itu.

" Kau ingat aku nak berkenalan dengan kau ke? Hahaha.. tak pasal-pasal aku kena samak balik japgi." Kata Khai penuh sinis.

" Baby, baby babi kau. Dah lama hidup ke? Nak aku pancung kepala kau? Dengan pakai baju tak cukup kain ada hati nak mengorat orang. Adik aku yang free hair pun tak pakai macam kau." Sambung Khai lagi, dia menahan geram. Ingin sahaja dia menyepak muka gadis itu.

" I pakai macam ni pun cantik tau. Lagi cantik dari adik you tu." Kata Elly, penuh yakin.

" Cantik otak kau. Adik aku cantik lagi. Kau punya pakaian ni bukan level aku. Pontianak pun pakai baju lagi sopan dari kau. Pakai ketat-ketat nak tunjuk dekat siapa? Pakai tu biar sopan sikit." Kata Khai.

" Eh biar lah I nak pakai apa pun. Baju I, I yang beli. " Kata Elly menahan geram.

" Kau ada bau something tak? " Soal Khai tiba-tiba.

" Bau apa? "

" Bau dosa. Dah la aku nak keluar dari sini. Bertambah dosa aku bila duduk dalam ni lama-lama, rasa panas tiba-tiba. Tambah pula kena hadap beruk hodoh depan aku ni, lagilah rasa panas." Kata Khai. Dia terus bangun dari duduknya lalu berlalu pergi.

Sempat Khai mengeluarkan dompetnya dan mengambil beberapa keping duit 100 ringgit lalu dilemparkan ke arah muka Elly.

" Ambil duit tu. Buat beli baju baru. Kalau taknak pun, beli lah kain kafan. Senang sikit, pakai hari-hari. Tak lah menyusahkan orang bila kau mati nanti." Kata Khai, selamba.

Elly menahan dirinya untuk tidak mengamuk. Mukanya bertukar merah kerana malu diperlakukan sebegitu.


Khai memasuki keretanya. Enjin dihidupkan lalu dia mencapai Telefon bimbitnya. Nombor Dyna didail.

" Ya? " Soal Dyna sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Khai.

" Suhaimi beruban tu ada dekat club Gatell'z. Dia tengah berfoya-foya dengan minah-minah senget yang tak cukup kain. Tiba-tiba mampus padan muka." Kata Khai, selamba.

" Haha geram sangat tu.. baik lah.. thanks." Kata Dyna.

" Yaa.. Khai boleh balik kan? " Soal Khai.

" Haa balik la.. jangan tetiba tak jumpa jalan balik rumah pula.." kata Dyna.

" Takda lah. Duduk dalam tu rasa panas semacam." Kata Khai.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now