" Rezza" tegur Dyna selepas dirinya ternampak Rezza yang ingin melangkah pergi ke pejabatnya.
Rezza tidak menghiraukan Dyna. Dia hanya berlalu tanpa melihat Dyna.
" Rezza " Dyna memanggil Rezza sekali lagi. Masih tiada jawapan dari Rezza. Rezza tetap berjalan pergi meninggalkan Dyna.
Merajuk lagi? Yes !
" Ish, orang nak minta tolong " kata Dyna, hanya dia sahaja yang boleh dengar. Dia terus mengejar Rezza.
" Rezza, aku nak minta tolong nii " kata Dyna, dia menghalang Rezza dari terus pergi.
Rezza hanya memandang Dyna dengan pandangan yang kosong.
" Pergi la minta tolong orang lain " kata Rezza dengan nada yang merajuk.
" Kau merajuk ke? " Soal Dyna. Dia pelik dengan sikap Rezza yang tiba-tiba berubah.
" Tak " jawab Rezza, ringkas.
" Ok " kata Dyna. Rezza terus menghantar jelingan kepada Dyna.
" Apa jeling-jeling? Dah tak merajuk kan? Now tolong aku " kata Dyna. Rezza mengeleng kepalanya menandakan dirinya tidak mahu menolong Dyna.
" Kenapa? " Soal Dyna.
" Merajuk ! " Kata Rezza. Dia terus pergi meninggalkan Dyna.
Dyna pasrah. Dia tidak mahu mengejar Rezza. Mungkin Rezza masih marah dengan kejadian yang lepas.
" Fahrin " tegur Dyna. Fahrin hanya melihat sambil menunggu jawapan dari Dyna.
" Rezza merajuk ke? " Soal Dyna.
" Manala aku tau... Pergi la tanya dia, aku bukan Rezza. Aku Fahrin." Jawab Fahrin selamba.
" Ish.. tolong la tanya dia..." Kata Dyna,lembut.
" Hah? Kenapa aku? " Soal Fahrin pelik dengan perangai Dyna.
" Dia macam merajuk lagi.. cakap pun sepatah-sepatah aje... " Dyna mengadu kepada Fahrin. Fahrin mengekek sedikit.
" Lepastu? Kau report dekat aku kenapa? Pergi la pujuk dia..."
" Ish taknak laa.. aku mana pandai pujuk orang " kata Dyna.
" Yang kau pujuk abang Khai tu apa? Pujuk ajelah Rezza tu.." arah Fahrin.
" Khai tu lain, dia memang senang dipujuk. Haihh" Dyna mengeluh. Dia tidak tahu cara untuk memujuk Rezza.
" Pergi aje.. ajak dia makan. Lepastu slow talk la dengan dia.. pergilah, aku akan doakan kau " kata Fahrin selamba. Dia menarik Dyna untuk pergi memujuk Rezza.
Fahrin mengetuk pintu pejabat Rezza sebelum mereka melangkah masuk ke dalam. Kelihatan Rezza yang sedang melakukan kerjanya.
Rezza yang melihat Dyna terus mengalihkan pandangannya.
" Rezza " panggil Fahrin.
" Ya? " Soal Rezza. Dia hanya melihat Fahrin. Rezza menganggap Dyna bagaikan tidak wujud disitu.
" Ni Dyna nak cakap dengan kau " Fahrin menolak Dyna. Dia terus berlari keluar dan menutup pintu pejabat Rezza.
Dyna mengejar Fahrin. Dia ingin membuka pintu untuk keluar, tetapi Fahrin sudah terlebih dahulu menahan pintu.
" Ish Fahrin ! " Jerit Dyna. Fahrin tidak menghiraukan jeritan Dyna. Dia tetap menahan pintu itu daripada dibuka Dyna.
" Aku takkan buka selagi korang tak berbaik ! " Jerit Fahrin dari luar pintu.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...