BAB 37

449 33 2
                                    


                    " Aku pelik la " kata Kyle kepada Fahrin yang sedang fokus melakukan kerjanya.

" Pelik? Apa yang pelik? " Soal Fahrin.

" Siapa yang sabotaj misi kita.. kalau kita kena marah macam mana? Dah la misi sebelum ni pun gagal " kata Kyle sedikit hampa.

" Hmm.. tak tahu laa" jawab Fahrin. Dia berpura-pura tidak tahu dan tidak memberitahu perkara sebenar supaya rancangan Dyna berjaya.

" Kejap lagi kalau meeting mesti kita kena marah. Haishh " Kyle meraup kasar wajahnya. Serabut kepalanya memikirkan tentang apa yang terjadi.

Team Alpha tidak berjaya melakukan misi pertama mereka kerana seseorang sudah terlebih dahulu sabotaj mereka.

" Fahrin" panggil Rezza yang masuk ke dalam pejabat Fahrin.

" Ya? " Soal Fahrin sambil melihat Rezza.

" Aku nak cakap dengan kau sikit boleh? " Soal Rezza.

" Haa boleh.." jawab Fahrin. Dia terus menghentikan kerjanya lalu mengikuti langkah Rezza.



" Kenapa? " Soal Fahrin sebaik sahaja mereka memasuki ruang kerja Rezza.

" Aku nak tanya sikit.. " kata Rezza sambil mengambil tempat untuk duduk.

" Yaa tanya la" kata Fahrin sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan Rezza.

" Kau tahu kan apa yang jadi semalam? " Soal Rezza.

" Ya.. why? "

" Aku rasa ada benda yang tak kena la.." Ujar Rezza.

" Apa? " Soal Fahrin, tidak mengerti.

" Pasal tempat kejadian. Rumah tu hangus terbakar. Tapi, pekerja-pekerja tu semua selamat walaupun ada yang pengsan." Terang Rezza.

" Ya aku tahu pasal tu.. pihak atasan dah bagitau." Sampuk Fahrin.

" Yaa.. tapi.. dalaman rumah tu memang takda apa-apa yang dijumpai. Yang aku peliknya, kenapa perlaku tu ada bagi surat dekat salah seorang pekerja tu and suruh bagi dekat kita. Maksudnya dia tahu kita akan datang." Sambung Rezza lagi.

" Jadi? " Soal Fahrin, masih tidak mengerti.

" Kau tahu tak apa isi surat tu? " Soal Rezza. Fahrin mengeleng selepas ditanya.

" Aikk kau tak baca? " Soal Rezza, pelik.

" Tak.. aku pun tak tahu surat apa yang dimaksudkan kau. Yang aku tahu rumah tu terbakar yang pasal pekerja-pekerja tu aje. Pihak atasan tak bagitau pun pasal surat tu." Jawab Fahrin, jujur.

" Ouhh faham.." kata Rezza sambil mengangguk perlahan kepalanya.

" Surat tu isi dia apa? " Soal Fahrin, tertanya-tanya.

" Haii, remember me? Someone you killed " kata Rezza.

" Ouhh.. " kata Fahrin.

" Ouhh aje? Kau tak pelik? " Soal Rezza.

" Ya la.. apa yang pelik? Takda apa yang pelik pun."

" Someone you killed. Maksudnya ada orang bunuh dia la kan.." jawab Rezza.

" So? "

" Maksudnya ada orang dalam team kita yang bunuh dia." Jawab Rezza.

" Ok jadi? " Soal Fahrin lagi.

" Kenapa kau rilex aje? Kau tahu ka siapa yang bunuh dia? And siapa penulis surat tu?" Soal Rezza selepas melihat Fahrin yang tiada reaksi.

" Aku? Kenal? Mesti la aku kenal. Orang dalam team kita kan.. kau pun kenal. Penulis surat tu, kau kenal juga. Jangan pelik sangat. Siapa makan cili dia rasa pedas." Ujar Fahrin.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now