BAB 21

506 36 9
                                    




              Dyna memakai baju kemeja berwarna hitam dan disertakan dengan seluar berwarna hitam. Kunci keretanya dicapai. Sempat dia merapikan sedikit rambutnya lalu keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah untuk bersarapan sebelum pergi ke kerja.

Kelihatan abang-abangnya dan Fairuz sedang menikmati sarapan pagi mereka.

Fairuz mengambil keputusan untuk tidur di sana semalam. Dirinya terlalu penat untuk memandu pulang kerumahnya. Penat tengok orang bergaduh.

" Good morning ayang" sapa Fairuz, riang. Khai yang mendengar sapaan Fairuz terus menghantar jelingan tajam kepada Fairuz.

" Ayang ayang, ada juga yang makan guna straw nanti" kata Khai.

" Hahaha, ayang come makan.. Sam masak sedap woo" sampuk Sam pula. Dia juga tersenyum mengejek untuk melihat reaksi Khai.

Khai mendengus sedikit. Dyna hanya tersenyum apabila melihat karenah mereka.

" Dah la... Jangan kacau Khai tu.. sini ayang duduk" kata Rafeeq, selamba. Khai terus menghantar jelingan tajam kepada Rafeeq.

Fairuz dan Sam ketawa selepas melihat reaksi Khai itu.

Dyna duduk dan menikmati sarapan paginya. Mereka juga berborak-borak sesama mereka.

Sebelum ke kerja, Dyna sempat meminta tolong Sam tentang sesuatu.

" Sam tolong cari lagi maklumat pasal dia ya.." kata Dyna.

" Boleh, tapi kenapa Dyna tak cari sendiri? Kan Sam dah ajar cara nak hack sistem SPAJR tu.." soal Sam. Bukan dirinya tidak mahu membantu, tetapi dia cuma bertanya sahaja.

" Yaa Dyna boleh aje buat sendiri, tapi Dyna takde masa. Sorry kalau ganggu masa Sam" kata Dyna, lembut.

" No problem laa... Anything for my lovely girl" kata Sam, lembut. Dia juga menghantar senyuman yang manis kepada Dyna.

Dyna tersenyum lega.

" Dyna pergi dulu.. byee" kata Dyna. Dia melangkah pergi meninggalkan Sam.

" Yaa.. take care " kata Sam sambil melambai tangannya.












              " Good morning Dyna ! " Sapa Rezza, riang. Setibanya Dyna di tempat kerja, dia terus disapa mesra oleh Rezza.

" Yaa good morning" balas Dyna, lembut. Rezza terus tersenyum malu.

" Dah breakfast ke? " Soal Rezza sambil mengikuti langkah Dyna masuk ke pejabat SPAJR.

" Dah.. kau dah ke? " Soal Dyna pula.

" Dah" jawab Rezza. Sempat dia tersenyum riang sebelum menjawab pertanyaan Dyna.

" Ouuu..baguslaa" kata Dyna. Rezza mengangguk sambil tersenyum.

" Dyna" kedengaran suara Darwish memanggil Dyna. Dyna terus berpaling ke arah Darwish.

" Jumpa aku kejap, boleh? " Soal Darwish. Dyna mengangguk.
Dia terus melangkah pergi ke arah Darwish.

" Japgi kita lunch sekali tau " sempat Rezza berkata apabila melihat Dyna ingin melangkah pergi.

" Okey, ajak Fahrin sekali" balas Dyna.





               " Kenapa? " Soal Dyna kepada Darwish.

"  Ini, aku ada susun strategi untuk serbu bangunan tu nanti, cuba kau tengok ok ke tak." Kata Darwish sambil menunjukkan screen komputernya.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now