BAB 32

478 34 5
                                    

                  " Fahrin " panggil Kyle. Fahrin terus menghentikan perbuatannya. Dia memandang Kyle yang memanggilnya.

" Ya? " Soal Fahrin.

" Harini ada meeting kan? " Soal Kyle.

" Aikk, aku taktau apa-apa pun " jawab Fahrin.

" Diorang tak bagitau kau? " Soal Kyle. Fahrin mengeleng kepalanya menandakan tidak.

" Ouhh aku tahu pun sebab Sarah bagitau tadi pagi. " Kata Kyle.

" Kenapa aku taktau apa-apa? " Soal Fahrin sedikit hampa.

" Sebab kau off phone semalam. Aku call tak jawab. " Sampuk Darwish yang datang secara tiba-tiba.

" Ouu ya eh? Sorry laa bateri aku habis. Lupa charge.." kata Fahrin sambil menggaru batang lehernya yang tidak gatal.

" Ouhh faham... " Kata Darwish sambil mengangguk perlahan kepalanya.

" So meeting tu jadi la? " Soal Kyle kepada Darwish.

" Yaa, Tuan Suhaimi dah datang " jawab Darwish.

" Sebelum ni dia tak datang sebab apa eh? " Soal Fahrin.

" Mana la aku tau.. aku bukannya personal assistant dia" jawab Darwish.

" Ya tak ya juga. Meeting pukul berapa? " Soal Fahrin.

" 12 tengahari" jawab Darwish. Fahrin mengangguk lalu melihat kearah jam tangannya.

Jam menunjukkan pukul 12:15 tengahari.

" Weh! Dah pukul 12 la " kata Fahrin sedikit terkejut selepas melihat waktu di jam tangannya.

" Hah?! " Soal Kyle juga sedikit terkejut.

" Jum la pergi, aku datang pun memang nak panggil korang." Kata Darwish selamba.

" Kenapa kau tak cakap dari awal? Kita dah lambat ni! " Kata Kyle.

" Entah, korang yang tetiba ajak borak. So aku join aje lah " jawab Darwish, selamba.







              Pintu ditolak, kelihatan semua ejen SPAJR dari pasukan Alpha sedang duduk menunggu Fahrin, Kyle dan Darwish tiba. Tuan Suhaimi pula sudah berdiri di hadapan untuk memulakan perbincangan mereka.

" Sorry lambat " kata Kyle.

" Tak mengapa, kamu semua boleh duduk. " Kata Tuan Suhaimi.

Mereka terus duduk di kerusi yang disediakan.

" Baiklah, macam yang saya cakap sebelum kamu bercuti, kamu semua akan mulakan misi selepas cuti kamu habis. " Tuan Suhaimi mula membuka mulut untuk memulakan perbincangan mereka.

" Misi kamu semua adalah, tangkap semua orang yang terlibat dalam Kes Black Haisumi ini. Menyusup masuk ke dalam semua tempat diorang buat dadah, edar dadah, import dadah dan lain-lain aktiviti Haram diorang berkaitan dadah. " Sambungnya.

" Err Tuan, macam mana kitorang nak masuk kalau kitorang taktau dekat mana lokasi-lokasi tu? " Soal Sarah.

" Jangan risau. Waktu kamu bercuti, pihak SPASR dah bantu kamu untuk cari semua lokasi-lokasi tu. Disebabkan diorang lebih berpengalaman, jadi senanglah diorang jumpa. Masih ada tempat lain, cuma kamu kena siasat sendiri la nanti. Diorang cuma membantu waktu kamu diberikan cuti waktu tu. " Jawab Tuan Suhaimi.

*
SPASR = Secret Police Agency Senior
SPAJR = Secret Police Agency Junior


" Semua maklumat ada dalam file ni " kata Tuan Suhaimi sambil mengangkat file yang berisi maklumat-maklumat yang sudah disiasat oleh SPASR.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now