" Aku patut percayakan Dyna atau tak? " Soal Rezza kepada dirinya sendiri. Semalaman dia memikirkan tentang itu.
Rezza mencapai telefon bimbitnya, nombor Ayie di dail.
" Hello? " Soal Ayie sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Rezza.
" Kau free tak sekarang? " Soal Rezza.
" Yaa, kenapa? "
" Aku nak jumpa kau, ada benda aku nak tanya" jawab Rezza.
" Boleh, dekat mana? " Soal Ayie.
" Aku share location, terus datang. Aku tunggu kau" jawab Rezza.
" Baik " kata Ayie.
Panggilan dimatikan. Rezza terus mencapai kunci keretanya. Sempat dia menghantar lokasi yang ditetapkan kepada Ayie.
Rezza memandu keretanya menyusuri jalan raya. Selepas beberapa minit, dia tiba di satu restaurant.
Rezza memarkir keretanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam restaurant itu. Ayie juga telah berada di sana sebaik sahaja Rezza tiba.
" Rezza " tegur Ayie sambil berjalan ke arah Rezza.
" Awal " kata Rezza sambil mengambil tempat duduk.
" Rumah aku dekat ja dari sini " kata Ayie juga sambil mengambil tempat duduk berhadapan Rezza.
Rezza mengangguk kepalanya tanda faham.
" Apa benda yang kau nak tanya sangat ni? Sampai dalam phone pun tak boleh tanya?" Soal Ayie.
" Tentang Dyna" jawab Rezza.
" Apa tu? "
" Kau kan dah bekerja lama dengan dia. Kau cakap dia takkan senang-senang ja nak khianati orang.. itu betul? " Soal Rezza.
" Yaa, kitorang bekerja sejak dari Penang, lepastu kitorang ditukarkan ke Perlis sebelum kitorang datang sini. Dyna memang setia, dia tak pernah marah pasukan kitorang. Kalau ada yang buat salah, dia tegur tanpa marah. Dia pandai jaga hati orang. Takkan la dia senang-senang ja nak khianati kita? Itu pelik dan mustahil." Ujar Ayie, jujur.
" Tapi, Alya cakap Dyna ugut dia.." kata Rezza.
" Itu yang aku hairan. Kenapa Dyna ugut dia? Aku tak tahu nak percaya siapa. Aku yakin Dyna takkan khianati kita. Tapi.. bila Alya kata Dyna ugut nak bunuh dia dan Tuan Suhaimi, aku terkejut. Aku tak percaya dengan apa yang aku dengar. " Kata Ayie.
" Aku tak kenal Dyna lama, aku datang sini pun awal tahun ni. Masih ramai orang yang aku tak kenal. Jadi, aku taktahu nak percayakan siapa. Tolong aku Ayie " rayu Rezza.
" Aku buntu Rezza. Aku pun tak tahu. Aku dengan Dyna memang dah jadi rakan sekerja lama. Tapi, aku tak tahu dia anggap aku kawan, atau lawan. " Kata Ayie.
" Dyna pernah buat kerja macam ni? " Soal Rezza.
" Maksud kau? "
" Dia pernah siasat something sendiri? Siasat diam-diam?" Soal Rezza.
" Tak pernah.. dia ejen yang bagus. Takkan la tiba-tiba dia buat hal? Satu agensi kenal dia. Takkan dia nak rosakkan nama baik agensi kita? Aku yakin dia takkan pernah buat macam tu. " Balas Ayie, yakin dengan jawabannya.
" Apa yang patut kita buat? " Soal Rezza.
" Aku tak tahu.. tapi, andai betul Dyna khianati kita, aku nak tahu sebabnya. Buat masa sekarang, aku akan percayakan Dyna. Aku tahu dia takkan pernah buat benda tu. Tapi, jika bukti menunjukkan dia memang khianati kita.. aku akan ikut tangkap dia juga" kata Ayie. Rezza mengangguk kepalanya.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...