BAB 7

733 48 5
                                    

" Luka tikaman tak dalam, tapi awak kehilangan banyak darah. Syukur takda yang teruk. Awak boleh berehat dulu. Esok baru boleh discharge. " Kata Doktor Mariam, Doktor yang merawat Dyna.

Rezza yang mendengar penjelasan Doktor itu terus berasa lega. Doktor itu pun berlalu pergi meninggalkan Dyna dan Rezza.

" Kau ok ke? " Soal Rezza. Dia masih risaukan Dyna walaupon luka tikaman Dyna tidak teruk.

" Yee aku ok, sikit aje ni " balas Dyna.

" Macam mana kau boleh kena tikam? Apa yang kau buat dalam tu sorang-sorang? Kenapa tak kejut aku? Kalau aku sampai lambat tadi macam mana? Bahaya kau tau? Tak pasal-pasal aku kena marah sebab tak jaga kau. " Marah Rezza. Dia cuma risaukan Dyna.

" Eishhh bising la kau ni. Sepak kang. Nanti aku cerita la, now aku nak rehat. By the way, aku bukan tak kejut kau, aku dah kejut engkau yang tak bangun. Dasar tidur mati. So aku pergi ja la sorang-sorang. Taktau pula boleh jumpa jantan tu" kata Dyna. Serabut kepalanya apabila mengingati kejadian tadi.

" Jantan tu? Jantan mana? Orang yang tikam kau? Lelaki berhoodie tu? Kau kenal?" Soal Rezza lagi.

" Haishh aku.." belum sempat Dyna menjawab kedengaran bunyi pintu wad yang didiami diketuk dahulu sebelum dibuka.
Kelihatan Fahrin,Kyle dan Sarah masuk.

" Mana Dyna, mana? " Terjerit-jerit suara Sarah mencari Dyna. Dia juga menolak Fahrin dan Kyle yang berjalan dihadapannya.

" Aihh budak ni, kau tak reti sabar ke? bukannya Dyna nak lari pun " kata Kyle dia tidak berpuas hati kerana dirinya ditolak.

Sarah tidak menghiraukan kata-kata Kyle.

" Dyna..." Sapa Sarah yang seperti mahu menangis. Dia juga terus memeluk Dyna.

" Aishh perut aku.." kata Dyna menahan kesakitan.

"Ehh sorry.." Sarah terus melepaskan pelukkannya.

" Kau ni kalau risau pun tengok keadaan la. Nanti tak pasal-pasal terkoyak jahitan tu kau nak jahit balik?" Kata Rezza. Dia menyampah melihat drama Sarah.

" Hehe sorry la tak sengaja.." balas Sarah dia tersenyum malu.

Fahrin dan Kyle hanya mampu pasrah.

" Kau ok ke? " Soal Fahrin sambil meletakkan bungkusan makanan di atas meja bersebelahan katil Dyna.

" Hmm ok jee"

" Macam mana kau boleh kena tikam? Siapa yang tikam?" Soal Kyle. Dia pelik, kerana tugas Rezza dan Dyna pergi ke kawasan itu cuma untuk menyiasat bukan berlawan.

" Nama dia Zahrul Zackry" jawab Dyna mendatar.

Mereka terus memasang wajah tertanya-tanya kecuali Fahrin.

" Siapa tu? " Soal Sarah. Mereka masih menunggu jawapan daripada Dyna.

Tiba-tiba kedengaran perut Dyna berbunyi. Fahrin mengekek sedikit.

" Kau tak makan lagi ekk? Nasib baik aku ada belikan makanan untuk kau " kata Fahrin . Dia mengambil bungkusan makanan yang dibawanya tadi lalu dihulurkan kepada Dyna.

Dyna tersenyum malu sambil mencapai huluran Fahrin. Dia membuka bungkusan, nasi goreng cina.

" Aku beli waktu nak datang sini tadi, makanlah" kata Fahrin. Dyna mengangguk. Rakannya yang lain masih menunggu jawapan dari Dyna dengan muka tertanya-tanya.

" Ehem, sorry ganggu kau makan. Tapi kau taknak sambung ke siapa Zahrul Zackry tu?" Soal Kyle. Dia bukan mahu mengganggu Dyna menikmati makanannya tetapi dia cuma mahukan jawapan.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now