BAB 61 ( End )

1.2K 55 37
                                    

Sambungan...

Bang! Bang!

Dua tembakan tiba-tiba sahaja dilepaskan lalu terkena pada tubuh Rezza.

" Rezza ! " Jerit Fahrin.

                 Kesemua orang disana tergamam dan terkejut dengan apa yang terjadi. Rezza jatuh terbaring tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Fahrin, Ayie dan Tuan Nizam menghampiri Rezza.

Pihak polis yang lain terus mengacukan pistol kearah Sarah. Ya, dia lah yang melepaskan tembakan.

Dyna merenung tajam ke arah Sarah. Sarah memandang Dyna, nafasnya tercungap-cungap menahan amarahnya.

" Apa kamu buat ni Sarah?!" Tengking Tuan Nizam.

" Bangun Rezza! " Jerit Fahrin sambil mengerak-gerakkan badan Rezza. Tetapi, Rezza masih tidak sedarkan diri.

Dyna menghampiri Sarah. Pistol yang berada di poket seluar salah seorang pegawai polis dicapainya. Dia menolak kasar Sarah ke arah van polis. Leher baju Sarah dicengkam.

" Kenapa kau tembak dia?" Soal Dyna, mendatar.

" A a aku tak sengaja. Aku nak tembak kau, tapi terkena dia." Jawab Sarah, sedikit takut selepas melihat wajah Dyna.

" Kenapa kau nak tembak aku?" Soal Dyna lagi.

" Ini semua salah kau! Kenapa kau mesti bunuh semua orang yang aku sayang?! Aku benci kau!" Jerit Sarah.

" Letakkan senjata." Arah Dyna kepada semua polis yang mengacukan pistol mereka.

Kesemua polis yang mengacukan pistol mereka ke arah Sarah terus meletakkan pistol mereka seperti yang diarahkan Dyna.

" Kau marah aku?" Soal Dyna, mendatar.

" Ya, aku benci kau! Kau ingat aku tak tahu kau yang bunuh Alya?! Lepastu tak cukup dengan tu, kau bunuh Darwish pula!" Tengking Sarah.

Dyna terus melepaskan ketawanya.

" Kenapa kau gelak hah?!" Soal Sarah.

" Ya la lawak kau tahu. Hahaha" jawab Dyna.

" Kau dengar sini, prinsip kehidupan aku senang aje. An eye for an eye. Alya dah bunuh keluarga aku, dia bunuh opah aku, adik sepupu aku sekarang tengah terbaring dekat hospital dan sampai sekarang tak sedarkan diri!" Marah Dyna.

" So, aku balas la apa yang dia buat. Aku ambil nyawa dia sebab dia bunuh opah aku. Aku tikam kakak dia untuk sepupu aku. Kira adil la kan? And lagi satu, aku tak bunuh Darwish, dia yang bunuh diri dia sendiri. Aku dah pesan jangan bergerak, dia bergerak juga and kena tembak." Sambung Dyna lagi.

Sarah tergamam.

" Sekarang, kau nak salahkan aku? Tapi, tengok lah apa yang kau dah buat. Kau tembak Rezza, dan itu salah kau. Semua yang aku buat bersebab. Aku takkan bunuh orang tanpa sebab. Aku cuma balas setimpal dengan apa yang diorang lakukan. Touch my family, and you die." Kata Dyna, mendatar.

" A a aku minta maaf. Aku tak sengaja." Kata Sarah, tergagap-gagap.

" Kenapa minta maaf dekat aku? Minta maaf lah dekat Rezza." Kata Dyna.

Sarah memandang tubuh Rezza yang sedang terbaring. Fahrin mengempalkan tangannya apabila dia dan Sarah bertembung mata.

Dyna melepaskan cengkamannya. Dia terus menghampiri Tuan Nizam.

" Izinkan saya tembak dia. Please.... Tangan saya rasa gatal sangat ni.. tak boleh tahan dari menembak dia." Bisik Dyna kepada Tuan Nizam.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now