" Woiiii ! " Jerit Khai yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Fairuz.
Fairuz tidak membuka matanya. Dia sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.
" Woi ! Bangun la woi! Fairuz Danish! " Jerit Khai lagi sambil melompat-lompat di atas katil Fairuz.
Akhirnya, Fairuz membuka matanya. Dia bangun dari baringnya lalu meraup kasar wajahnya.
" Kau nak apa ni?" Soal Fairuz yang masih dalam keadaan mamai.
" Kau nak ikut tak?" Soal Khai sambil duduk dihadapan Fairuz.
" Pergi mana?" Soal Fairuz lagi.
" Pergi mati." Jawab Zackry yang baru sahaja datang bersama-sama dengan Rafeeq dan Sam.
" Bukan lah, apa kau ni. Kita pergi mulakan rancangan kita pula. Pergi mati apanya?" Sampuk Rafeeq.
" Tu laa, kau kalau nak mati, mati sorang-sorang." Kata Khai pula.
" Ceh, kalau aku mati aku jadi hantu yang akan sentiasa menghantui kau. Aku kacau kau berak." Kata Zackry sambil menjeling Khai.
" Mata kau tumbuh ketumbit baru kau tau." Kata Khai sambil membalas jelingan Zackry.
" Dah jangan gaduh. Aku lempang kang bisu dua-dua." Marah Sam.
" Kau ni hari-hari piyedd ke? Asyik nak marah aje." Kata Khai.
" Otak kau. Marah tandanya sayang." Kata Sam, mendatar.
" Wahh kau sayang kitorang? Auww terharu..." Kata Khai.
" Bullshit." Kata Sam.
" Eh, korang nak pergi mana tadi?" Sampuk Fairuz.
" Memburu kambing tua. Nak ikut tak?" Soal Khai.
" Nak! " Kata Fairuz. Dia terus melompat dari katilnya lalu mencapai tualanya.
" Kitorang tunggu dekat bawah." Kata Rafeeq.
" Baik" balas Fairuz.
Fairuz turun ke tingkat bawah rumahnya itu selepas selesai bersiap.
" Dah jom" arah Rafeeq.
Mereka semua terus masuk ke dalam kereta masing-masing. Rafeeq mencapai Telefonnya lalu mendail nombor Dyna.
" Hello?" Soal Dyna sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Rafeeq.
" Diorang dah on the way ke?" Soal Rafeeq.
" Dah, korang tunggu dekat kawasan yang Dyna tunjuk sebelum ni."
" Baik" balas Rafeeq.
" Oh ya, jangan bunuh polis pengiring apa semua tu. Cukup pengsankan diorang. Kalau ada yang terbunuh Dyna rotan korang semua." Kata Dyna.
" Baik.. dah la bye. Take care, elok-elok buat kerja tu." kata Rafeeq, lembut.
" Hmm" kata Dyna.
Panggilan dimatikan. Rafeeq terus memandu keretanya ke lokasi yang ditetapkan.
Selepas beberapa minit pemanduan, mereka pun tiba di lokasi. Kawasan yang menjadi jalan banduan dari SPAJR dihantar ke penjara.
Mereka memarkir kereta mereka. Alat komunikasi dipakai. Sam mencapai sniper nya. Dia mengambil kedudukan yang sedikit jauh seperti biasa lalu memerhati kawasan sekeliling.
" Ambil ni" kata Khai kepada Zackry sambil menghulurkan machine gun kepadanya.
" Asyik aku aje guna machine gun. Aku nak maju juga." Kata Zackry.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...