BAB 13

548 38 3
                                    

  

        Kunci keretanya dicapai, lalu dia melangkah keluar dari biliknya. Setibanya dia di tingkat bawah, dia melihat sosok tubuh abang-abangnya sedang menikmati sarapan pagi mereka.

" Good morning Dyna ! " Jerit Khai secara tiba-tiba selepas dirinya ternampak Dyna yang baru tiba. Jeritan dia telah menyebabkan Rafeeq tertumpahkan kopi yang ingin diminumnya.

" Eish budak ni pagi-pagi dah terjerit apahal?! " Soal Rafeeq sedikit marah.

" Apa? Aku nak tegur Dyna ajee " balas Khai selamba.

Dyna hanya tersenyum sebelum dia melangkah pergi dari situ.

" Ehh Dyna taknak breakfast dulu ke? " Soal Sam yang melihat Dyna ingin melangkah pergi.

" Haa takpe, Dyna singgah kedai Dee aje.. takut lambat pulak. Harini Dyna ada meeting. " Kata Dyna lembut.

" Baikk take care " pesan Sam juga lembut.

" Err kejap lagi Dyna nak bawa Zackry datang sini. Dyna dah berjaya pujuk dia semalam. Boleh kan? " Soal Dyna kepada abang-abangnya.

" Aikk kenapa tak bagitau Dyna nak jumpa dia? " Soal Rafeeq.

" Kan semalam korang pergi kerja awal, so Dyna taknak ganggu " jawab Dyna lembut.
Mereka semua mengangguk tanda faham.

Dyna terus berlalu pergi meninggalkan abang-abangnya itu.








        Setibanya dia didepan DeeMar's Cafe, kakinya terus melangkah masuk ke dalam. Kelihatan beberapa orang sedang bersarapan.

" Boss awak tak datang kerja lagi ke? " Soal Dyna kepada pekerja yang berada di kaunter.

" Boss ada.. cik nak saya panggilkan ke? "

" Ouh takpa.. saya nak order mocha ais " kata Dyna lembut.

" Baikk tunggu sekejap yaa " kata pekerja itu.

Dia duduk di meja sementara menunggu airnya siap.

" Eh Dyna" tegur Dee yang datang dari belakang Dyna.

" Yee, terkejut aku " kata Dyna.

" Hehe, lama tak datang. Dah tak jumpa jalan nak ke kedai aku ke? " Soal Dee selamba.

" Tak lah. Aku busy sekarang. " Jawab Dyna.

" Ouhh. Eh Mia kata kau tak balik rumah? Kau tidur mana sekarang?" Soal Dee lagi.

" Aku tidur rumah abang aku. Tapi kejap aje nanti aku balik. " Balas Dyna lembut.

" Ohhh. Kau boleh tolong aku tak esok? Esok kau cuti kan.." soal Dee.

" Tolong apa? "

" Teman aku pergi cari baju nikah dengan sanding boleh? Husband aku busy laa... please...." Pujuk Dee, matanya dikedip beberapa kali.

" Baikk.. esok aku ambil kau." Kata Dyna. Dee terus tersenyum selepas mendapat persetujuan Dyna.

Dyna mengambil mocha aisnya lalu membayar. Dia terus bergerak ke tempat kerjanya.











         Setibanya dia di tempat kerjanya. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam.

" Dyna " tegur Kyle.

" Ya " kata Dyna.

" Jom la meeting. Semua orang dah tunggu, Tuan Suhaimi ja belum datang " kata Kyle lembut. Dyna mengangguk. Mereka terus melangkah untuk ke bilik mensyuarat.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now