BAB 8

697 41 7
                                    


Doktor Mariam memeriksa keadaan Dyna. Jururawat yang menjaga Dyna juga membantu menyapu ubat pada jahitan dan menukar balutan.

" Awak dah boleh discharge . Sebelum pulang, sila ambil ubat dekat kaunter dan boleh buat pembayaran disitu. Pastikan awak berehat dulu di rumah, jangan pergi kerja lagi. Nanti kalau luka dah kering, kita boleh buka jahitan. Kalau jadi apa-apa pada jahitan tu, cepat-cepat datang hospital yerr." Kata Doktor Mariam lembut.

" Baiklah. Terima kasih" balas Dyna juga lembut.

Selepas Doktor Mariam dan jururawat berlalu pergi, Rafeeq masuk sambil membawa bungkusan makanan di tangan.

" Good morning girl " sapa Rafeeq sambil tersenyum.

" Good morning " balas Dyna.

" Doktor kata apa? " Soal Rafeeq lembut.

" Doktor kata Dyna dah boleh discharge. Lepastu sebelum balik kena pergi ambil ubat dulu dan buat pembayaran dekat kaunter." Kata Dyna

" Ouhh dah breakfast ke? "

" Belum, tadi ada orang hantar makanan tu tapi Dyna tak makan sebab nasi" kata Dyna sambil menunjuk kearah makanan yang tidak dimakannya tadi.

"Ish ish ish, nasib baik Raf ada bawakan makanan, nah makanlah" kata Rafeeq sambil menghulurkan makanan yang dibawanya.

" Wahh bubur ayam, masak ke beli?" Soal Dyna sambil tersenyum.

" Sam masak pagi tadi. Dia suruh Raf kirim sebab dia kena pergi kerja awal" kata Rafeeq sambil menghulurkan sudu.

" Ohh thank you" Dia terus menyuap bubur ke dalam mulutnya. Sedap, masakkan Sam sentiasa sedap.

" Makan dulu, japgi lepas makan kita balik. Dyna nak Raf hantar pergi rumah opah ke apa? " Soal Rafeeq.

" Emm, balik rumah Raf dulu la. Dyna nak tunggu luka ni lega dulu baru balik rumah opah."jawab Dyna.

" Ok baikk" Raf tidak kesah jika Dyna mahu tinggal dirumahnya kerana dia sudah terbiasa. Lagipun rumahnya tiada orang kerana Khai masih berada di Puchong.

Raf mengambil makanan yang tidak dimakan Dyna tadi.

" Tak sentuh langsung " katanya. Dia terus memakannya. Daripada dibiarkan membazir, lebih baik dia makan. Dia juga belum sarapan kerana terus bergegas ke hospital.

Selesai makan, Dyna bersiap lalu mengemas barangnya untuk pulang. Rafeeq terlebih dahulu pergi ke kaunter untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran.

" Dah ke? Jom la balik" tegur Rafeeq.

Dyna mengangguk lalu melangkah keluar dari bilik wad yang didiaminya.

Mereka pulang ke rumah dengan menaiki kereta Mercedes Rafeeq. Kereta Dyna sudah dibawa pulang oleh Sam semalam.

Setibanya dirumah, Dyna terus melangkah masuk ke dalam.

" Kalau nak apa-apa panggil Raf tau" kata Rafeeq lembut.

" Baikk, tapi Raf tak kerja ke? Dyna boleh aje buat sendiri" soal Dyna.

" Raf cuti harini sebab nak jemput Dyna lepastu Sam suruh Raf teman Dyna. Esok Sam pula yang teman Dyna. Ya la rumah ni kan kosong, dia takut Dyna bosan." Jawab Rafeeq.

" Ouhh, tapi esok tak payah kot. Sebab Dyna nak pergi kerja esok" kata Dyna.

" Awalnya, luka tu macam mana?" Soal Rafeeq risau.

" Takpe, Doktor bagi masuk kerja. Lagipun luka ni sikit aje. Dyna janji tak buat kerja yang lasak" kata Dyna sambil mengangkat jari kelinkingnya.

Dyna sengaja menipu Rafeeq kerana jika dia memberitahu perkara sebenar, Rafeeq tidak akan mengizinkannya untuk pergi ke kerja.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now