Dyna mencapai kunci motornya. Dia juga merapikan sedikit rambutnya sambil melihat dirinya di hadapan cermin. Senyuman ditayangkan.
Lalu, kakinya melangkah keluar dari biliknya. Dia terus turun ketingkat bawah.
" Fahrin" tegur Dyna apabila dia ternampak Fahrin.
" Ya? " Soal Fahrin.
" Nak pergi kerja ka? " Soal Dyna.
" Haah " jawab Fahrin.
" Okey, take care" kata Dyna, lembut.
" Eh, kau nak pergi mana? " Soal Fahrin.
" Kafe Dee " jawab Dyna. Dia terus berlalu pergi. Fahrin mengangguk perlahan kepalanya.
Setibanya Dyna di kafe tersebut, dia terus memarkir motornya lalu melangkah masuk ke dalam kafe itu.
Matanya mencari kelibat kawannya iaitu Dee.
" Dyna " tegur Dee sambil tersenyum apabila dia ternampak Dyna.
" Yaa.. " jawab Dyna, lembut.
" Lama tak datang. Kau pergi mana sebelum ni? " Soal Dee, ramah.
" Macam biasalaa busy sikit " kata Dyna. Dia juga mengambil tempat duduk diikuti Dee.
" Aku nak order dulu boleh? " Soal Dyna, lembut.
" Mesti laa.. nak order apa? " Soal Dee juga lembut sambil tersenyum.
" Spaghetti aglio olio dengan mocha ais " kata Dyna.
" Macam biasa.. " kata Dee. Dia terus memberitahu pekerjanya.
" Hehe, kau ingat yaa apa yang aku selalu order. Ini sayang nii " kata Dyna.
" Mesti la.. selalunya kau datang memang order tu. Mocha ais kau tu lagi la, kalau takda tak sah. " Kata Dee. Dyna mengekek sedikit.
" Kau pergi mana sebelum ni? Kau masih tak balik rumah opah kau kan? " Soal Dee.
" Aku ada hal.. lagipun nanti aku balik la.. aku masih tidur rumah abang aku" jawab Dyna.
" Ouuu.. " kata Dee sambil mengangguk kepalanya tanda faham.
" Kau nak jadi pengapit aku tak waktu aku kahwin nanti? " Soal Dee.
" Sorry.. kau tau kan aku ni macam mana... Aku tak suka orang asyik tengok aku.. rasa janggal " kata Dyna.
" Faham.. aku dah tahu kau akan jawab macam tu.. tapi rugi la.." kata Dee.
" Rugi? Kenapa? " Soal Dyna tidak mengerti.
" Pengapit Arsyad hensem tau " jawab Dee.
" So? " Soal Dyna, dia masih tidak mengerti.
" Kau kan single, and dia pun single. Manalatau kau boleh berkenalan dengan dia.. " Jawab Dee, selamba.
" Taknak laa tak minat " Kata Dyna.
" Kenapa? Kau ni kalau orang suruh kenal dengan mana-mana lelaki, sikit-sikit taknak.. nanti kalau sampai tua pun kau tak bersuami macam mana? " Soal Dee.
" Takpa laa kalau macam tu.. aku tak kesah pun" kata Dyna, selamba.
" Ish ish ish.. dasar. Ke kau bengkok? Kau minat orang sejenis ke?! " Soal Dee, sedikit terkejut. Dia membuat andaian sendiri.
" Eh otak kau. Aku straight lagi ya.. aku cuma malas ambil tau pasal dunia percintaan ni.. " kata Dyna.
" Alhamdullilah.. ingatkan kau bengkok." Kata Dee, sedikit lega.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...