Bab 13

712 53 64
                                    




DUA biji telur yang sudah siap dicuci dipecahkan ke dalam mangkuk dan digoncang bersama hirisan bawang merah. Lada sulah dan secubit garam lengkapi rasanya sebelum digoncang buat kali kedua dan dituang masuk ke dalam kuali. Api dibuka sederhana besar. Sambil menunggu, Luqman mencedok dua senduk nasi ke dalam pinggan. Nasi berlaukkan telur dan kicap masin.

Usai membaca doa, Luqman mula menjamah makanannya.

Hari ini, genap dia berusia dua puluh enam tahun. Tetapi dia tidak pernah meraikan ulang tahunnya selepas kematian Ibu, dan kehilangan Falee. Kali terakhir pun... masa dia berusia tujuh belas tahun. Ketika itu Ibu sendiri yang memasak, membeli kek. Falee pula mengumpul duit belanja yang diberi demi membeli hadiah buat Luqman.

Tanpa sedar, air mata mula menitik. Kerana sebungkus dadah, dia kehilangan dua orang insan yang terpenting dalam hidup Luqman. Kerana dadah, ayahnya ditangkap ketika mengisap. Kerana bahan terlarang itulah dia kehilangan segalanya.

Luqman usap air mata. Butiran nasi terasa berat untuk ditelan. Terasa tersekat di kerongkong, sehingga dia tak mampu untuk mengambil segelas air. Tetapi ini bukan pasal air. Sakit yang dia rasa, dia tanggung sendiri. Dia tak punya sesiapa untuk dengarkan luahan hati melainkan menelan secara paksa.

Luqman berhenti menyuap nasi ke dalam mulut. Apa guna kalau dia berjaya menjadi pegawai polis berpangkat, kalau dia tak punya keluarga? Tanpa sokongan Ibu dan Falee? Dengan siapa Luqman akan berkongsi kebahagiaan, dan kesedihan?

Jatuh, bangun sendiri. Tiada sesiapa yang mahu membantu, atau menghulurkan tangan.

Hari ini, dia berancang hendak pulang ke kampung dan melawat kubur Mak yang terletak di kampung gertak seratus, Kuala Besut, Terengganu. Sudah lama dia tak ke sana, setelah kesibukan melanda tidak dapat dielakkan.

Pinggan dan gelas dibawa ke singki untuk dicuci. Setelah siap, barulah Luqman daki tangga naik ke tingkat atas.



SUDAH berkali-kali Puan Sofia menelefon bakal besannya itu, tetapi tak diangkat. Debaran di dadanya kian kencang, butiran air mata ditahan dari memuntahkan isi. Tuan Yusuf mengerling sekilas ke arah Bella yang tunduk memandang lantai sambil memintal hujung baju kurung.

"Bella... baliklah." Tuan Yusuf bersuara perlahan.

Bella angkat kepala dan angguk laju. Dari tadi dia nak minta diri, tetapi Puan Sofia tak henti-henti dari memarahi Bella. Bukan dia yang mahu berkahwin atau putuskan pertunangan itu, tetapi dia pula yang kena.

"Thank you, uncle."

"Macam mana ni bang... dah banyak kali saya call, tapi tak dijawab. Apa saya nak buat ni, bang?"

Puan Sofia mundar mandir. Sekejap dia duduk, kejap lagi dia bangun. Lagaknya itu seperti cacing kepanasan.

"Kalau orang dah tak nak. Kita tak boleh nak paksa. Andai kata mereka berjodoh, bertemu jua dengan apa caranya," Tuan Yusuf reda sahaja. Kalau itu yang Armel mahukan, mereka tidak boleh memaksa.

"Abang yang cakap bolehlah! Tapi, mana saya nak letak muka saya ni, hah? Kad undangan dah diedarkan, kawan-kawan saya dah tahu Qaf nak kahwin." Puan Sofia menekup muka dan menangis semahunya.

"Mama, kalau orang dah tak sudi. Kita tak perlulah nak paksa-paksa. Batalkan saja andai itu pilihan yang ada." Menyampuk Raykal dari arah dapur bersama segelas air sejuk buat mamanya.

Wanita itu perlu bertenang dan jangan bertindak mengikuti emosi.

Bahu mama diurut. Dia tahu, nama baik mereka harus dijaga. Tetapi jika itu kehendak Armel, mereka perlu akur.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now