Imbas semula
JURAIAN air mata menyambut kepulangan mereka yang berjaya menamatkan latihan asas 69 komando. Keletihan yang memukul tubuh menyebabkan mereka tidak mampu berdiri dengan tegak. Kaki terasa dipaku. Fikiran melayang entah ke mana. Terasa dunia berhenti berputar. Manusia berhenti berjalan. Otak menjadi biul seketika. Penuh keterujaan, Luqman membuat panggilan ke kampung. Ketika orang lain sibuk berpelukan bersama keluarga masing-masing dan berkongsi detik gembira. Ketika itu juga Luqman menanti panggilannya dijawab.
Harap maaf...
Ikon merah ditekan. Luqman resah memikirkan keadaan Puan Zainah yang tidak seberapa sihat di kampung. Dia meninggalkan keluarganya demi memburu impian yang ditanam sejak berada di bangku sekolah rendah. Sering dipandang sinis dan dibuli hanya kerana dia anak kepada pengisap dadah. Tetapi itu tidak menghentikan langkah Luqman. Semangat yang berkobar-kobar menjadikan Luqman tidak mudah berputus asa. Hasilnya... dia berjaya menjadi penuntut terbaik latihan asas selama tiga bulan itu. Namanya disegani. Dirinya dihormati. Pujian melambung tinggi. Tetapi dia tahu, dia takkan berada ditahap itu tanpa doa seorang Ibu dan usahanya.
"Ab... abang man..."
Tersekat-sekat suara Falee di hujung talian. Rentak jantung bertambah laju. Perasan tidak sedap hati mula menyelubungi diri Luqman. Bunyi tangis dan siren ambulans kedengaran jelas ditelinga. Tuhan! Tolong jauhkan apa yang sedang bermain di fikiran Luqman.
"Aadik... kenapa ini? Apa yang dah berlaku? Mana Emak?"
Bertalu-talu soalan diajukan kepada Falee. Tetapi sedikit pun tidak dijawab oleh adiknya. Luqman seperti cacing kepanasan menanti balasan dari Falee.
"Ma... mak dah tak ada, bang."
Allahuakbar. Luqman mengucap panjang sambil mengurut dadanya. Sedaya upaya dia menahan air mata dari gugur ke pipi. Tetapi dia tidak mampu. Lututnya terasa longgar. Ketika dia hendak berdiri, dia terjatuh sendiri ke atas tanah. Umar yang melihat keadaan Luqman seperti itu, cepat-cepat menghampiri.
"Man, kau ok?"
Luqman menggeleng laju. Tumpahan air mata mencomotkan wajah yang sedia comot dengan Camouflage.
"Mak... mak aku, mar. Mak aku dah tak ada..."
Umar mengucap. Dia mengusap bahu Luqman. Cuba menyalurkan semangat yang dia ada.
"Ingat Allah, man. Ingat Allah. Dah, kita gerak ke sana sekarang." arah Umar.
Luqman mengangguk laju. Fikirannya melayang ke kampung. Entah apa yang dirasai oleh Falee sekarang.
"Tapi family kau?"
"Aku akan maklumkan pada mereka terlebih dahulu sebelum kita ke sana. Boleh kan?" tanya Umar.
Luqman angguk saja.
DARI jendela yang terbuka. Luqman dapat melihat sawah hijau terbentang luas. Pokok-pokok kelapa tumbuh tinggi sesekali digoncang angin. Tidak jauh dari situ, dia terpandang ke arah seorang gadis bertopi lusuh yang sedang menjolok buah mangga. Buah yang gugur ke atas tanah, dikutip oleh tiga orang kanak-kanak. Buah itu dibersihkan daripada tanah sebelum diisi ke dalam plastik. Seorang budak lelaki bertubuh gempal dan berkulit hitam manis sedang sibuk memberi arahan kepada gadis bertopi lusuh itu.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...