Bab 7

980 72 99
                                    

HAMPARAN sawah hijau menghiasi sepasang mata yang terlindung di balik topi hitam. Angin bertiup perlahan, dibiarkan menampar tubuh yang tersarung hoodie tanpa lengan. Qaf hembus nafas lega.

Di kampung Zafrul sajalah dia dapat rasai ketenangan yang jauh dari kesibukan kota.

Jupi kelihatan sibuk melompat-lompat, cuba menangkap seekor rama-rama yang terbang rendah. Bila tak dapat, mukanya berubah hampa. Jupi mengiau dan mencari-cari rama-rama itu. Qaf gelak kecil. Mouth corner dimple di tepi bibir seperti Zhou Yiran, menghiasi wajah berkumis tipisnya.

Qaf bangun. Dia panggil Jupi. Tapi Jupi pula yang tak dengar, atau buat-buat tidak peduli. Seekor belalang yang mendarat di atas jalan, menarik perhatian Jupi si anak kucing.

Dia berlari kecil, menyorok di dalam semak, dan melompat tinggi untuk menangkap belalang itu.

Motorsikal yang ditunggang laju oleh seorang remaja lelaki, melanggari anak kucing itu sehingga dia tercampak di tepi jalan.

"Ya Allah!"

Qaf yang tercari-cari, berhenti mencari bila dia lihat remaja lelaki itu berhentikan motorsikalnya. Jupi mengiau kesakitan. Ingin disentuh, tetapi Qaf halang.

"Ma... maafkan saya, bang. Saya tak se... sengaja." ucap remaja itu. Qaf angguk saja.

Hoodie tanpa lengan dibuka. Yang tinggal hanyalah singlet hitam. Jupi dibalut. Dan diangkat penuh hati-hati.

"Tak apa. Aku tak salahkan kau. Tapi lain kali bawa motor itu elok-elok, ini jalan kampung. Jalan ini sempit, dan tak rata. Nak laju-laju pergi mana?" tegur Qaf.

Remaja lelaki itu angguk laju. "Ba... baik bang."

Jupi diletak di tempat duduk sebelah pemandu. Pintu kereta ditutup rapat. Qaf pandu laju dan terus menuju ke klinik haiwan.




"Kenapa aku rasa tak sedap hati ini?"

Oja urut dadanya. Sejak tadi, dadanya berdebar kencang. Fikirannya pula melayang ke rumah Nek Som. Apakah kucingnya itu baik-baik saja? Sudah dua hari dia tidak ke sana kerana keadaan tidak mengizinkan. Khuatir juga terjadi apa-apa kepada Jupi.

Oja bingkas bangun dari pangkin. Dengan kaki tempang sebelah, dia mendaki anak tangga. Kebetulan pula ada Nek Bedah di muka pintu.

"Oja, tolong bagi dekat Mak Long. Dia teringin sangat nak makan asam pedas ikan tenggiri. Kalau kepala aku tak sakit, aku sendiri yang akan hantar ke rumah si Nabilah tu." beritahu Nek Bedah.

Oja angguk laju. "Baik, nek. Nenek dah makan ubat? Kalau tak, sekarang juga kita pergi ke klinik. Risau bertambah teruk pula jadinya nanti."

"Tak payahlah Oja. Macam kau tak biasa sakit orang-orang tua ini. Lagi satu, ubat aku tu banyak lagi. Kau tak payah nak bazir duit bawa aku pergi periksa tiap-tiap bulan lah. Makan paracetamol hilang juga sakitnya tu. Lekas, hantar ke rumah si Nab." arah Nek Bedah.

Dicari bila perlu, tidak dicari bila tidak perlu. Nek Bedah sudah biasa dilayani seperti itu oleh anaknya sendiri.

Nek Bedah menghantar pemergian Oja dengan hati yang sayu. Entah siapalah yang akan menjaga cucunya itu bila dia tiada suatu hari nanti. Nek Bedah melepas nafas panjang. Dia menekup mulut bila terbatuk-batuk.

"Allah..."

Darah merah pekat undang kerisauan dihati nya. Jika tidak dirawat awal-awal, nyawanya akan menjadi mangsa. Tetapi jika dirawat, kos rawatan mencecah ribuan ringgit. Dia tidak mahu menyusahkan Oja. Dirinya saja tidak terurus kerana bimbangkan kesihatan Nek Bedah. Inikan pula mahu menyusahkan Oja dengan penyakitnya yang bertambah teruk itu? Gaji yang dia terima dari Muthu pun, cukup makan cukup pakai. Kalau ada lebih, baru disimpan.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now