QAF berkira-kira hendak memberikan beg kertas berisi tudung yang baru dia beli tadi kepada Oja. Takut, kalau gadis itu tidak menerima pemberiannya. Yalah... siapalah dia bagi Oja, bukan? Qaf sorok beg kertas dibelakangnya ketika Oja masuk ke dalam bilik.
Seketika. Mata mereka bertembung arah. Tetapi Qaf tayang muka tenang seolah tiada apa yang berlaku. Oja pun apalagi, diam membisu diri. Tangannya lancar bergerak menjahit baju kesukaan di birai katil. Baju T kuning bersaiz besar, dan bercorak Bugs Bunny.
Lengannya terkoyak akibat kecuaian sendiri. Oja tidak menyedari lengan baju itu tersangkut pada paku ketika dia sedang sibuk bekerja di kedai Uncle Muthu. Mujur jarak yang tercipta, tidaklah jauh mana. Oja pulang ke rumah dan menukar ke baju baru. Fikirnya, dia akan menjahit baju itu bila ada masa lapang. Tetapi, dilupakan sehingga sekarang. Bila dia mahu pakai, baru teringat baju itu belum habis dijahit.
Qaf berdehem. Menyedarkan Oja dari lamunan.
Oja angkat kepala. "Hmm?"
Tenungan dari Oja buatkan jantung Qaf berdebar hebat. Serta-merta keberaniannya hilang begitu saja. Dibawa angin, atau... dibawa perasaan sendiri? Qaf gigit bawah bibir. Mahu tidak mahu, dia kena berani.
Qaf, sudah terbiasa berdepan dengan musuh. Tetapi, berdepan dengan gadis ini boleh buatkan dia hilang akal. Langkah diatur mendekati Oja. Duduk berlabuh di sebelahnya. Kemudian, beg kertas dihulur kepada Oja.
"Untuk kau."
"Untuk aku?" Laju Oja membalas. Beg kertas disambut perlahan.
"Hmm..."
"Tu... tudung?"
Kepala diangkat memandang wajah Qaf. Air mata mula bertakung. Terharu. Qaf pula, jadi serba salah bila lihat Oja seperti mahu menangis. Kalau dia tahu, dia hadiahkan lain hari sahaja. Dan bukan sekarang.
Bagai disambar petir, tubuh Qaf kaku bila dipeluk oleh Oja. Jantungnya berhenti berdegup. Nafas tersekat di kerongkong. Matanya jatuh ke sepasang mata persis anak cina yang memandang bersama sisa cecair jernih. Rambut yang dilepas bebas tanpa diikat, ditolak ke belakang telinga.
"Senyum. Aku tak suka tengok kau nangis."
Pelukan dilerai. Oja angguk laju. Dihadiahkan senyum yang terbit dari hati bersih.
Qaf... boleh cair dia di situ. Senyum yang tak dibuat-buat. Senyum yang hadir dari di bibir yang belum dimiliki.
Sehelai tudung bawal Soft pink dibawa keluar dari dalam beg kertas dan dilipat menjadi bentuk segi tiga. Disarung tudung itu ke kepala Oja. Rambut yang tersisa, ditolak ke dalam.
"Neraka tak bakar separuh-separuh. Neraka bakar full terus. Aku, tak nak rambut cantik ini jadi pandangan orang lain. Aku tak nak aurat isteri aku terdedah sana-sini. Biar aku seorang saja yang lihat rambut kau. Boleh kan, sayang?"
Sayang? Memerah terus pipi Oja. Pipi yang dikembungkan untuk menahan rasa malu, undang tawa kecil di bibir Qaf. Jari telunjuknya mencucuk pipi bersih itu.
"Comel."
Pipi Oja ditarik oleh Qaf. Terkejut tetapi Oja suka pipinya diperlakukan seperti itu.
"Kalau... kalau aku comel, habis kau itu apa?" tanya Oja.
"Kacak!" jawab Qaf laju. Bangga angkat bakul sendiri.
"Taklah, aku tak rasa diri aku hensem pun." Qaf tunduk menekur lantai. Tengok! Lantai itu lagi berupa dari dia.
"Siapa cakap kau tak hensem?"
Laju Qaf berpusing ke arah Oja.
"Aku?"
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...