Bab 40

620 26 1
                                    





APA yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu. Tetapi setiap kali dia cuba melangkah ke hadapan, akan ada tangan-tangan kecil yang cuba menahan tangan Armel.

Armel bingung hendak berbuat apa. Rasa kesal menyelubungi dirinya. Andai dia tahu dengan siapa dia bakal berkahwin, Armel mana mahu memutuskan tali pertunangan. Tidak akan.

Sekarang... bahagia yang ingin dia miliki, sudah menjadi milik orang lain. Sesal pun tiada guna. Nasi telah menjadi bubur.

"Cinta aku terlalu dalam, Rayyan. Sukar untuk lupakan. Kau punya tempat dalam hati aku, mustahil aku akan lupakan kau semudah itu," Armel bermonolog.

Air mata jatuh buat kesekian kalinya. Hancur lebur sekeping hati saat mendapat berita bahawa Qaf sudah berkahwin dengan pilihan hati. Yang buat dia tertanya, dalam banyak-banyak perempuan. Kenapa mesti Seroja Ainul yang jadi pilihan Qaf? Kenapa dia? Dan bukannya Armel?

"Dia tak sempurna untuk kau, Rayyan. Dia tak berhak hidup dengan kau. Sepatutnya aku... patutnya aku yang gantikan tempat dia..." Armel menyeka air mata, seraya menolak rambut panjang ke belakang.

Bayangan indah bersama Qaf terbang jauh-jauh, lebih baik tak kembali. Kalau kembali, hadirnya bersama luka. Andai bawa bahagia, biarlah bahagia itu dikongsi bersama Qaf.

Armel susah mahu lupa. Dia susah mahu terima. Penyesalan tidak berpenghujung sehingga dia memilih permata dan melepaskan berlian yang berada dalam genggaman tangan.

Andai dia tahu... semua itu tidak akan terjadi.

Luqman menyeluk saku seluar. Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari dalam sebelum dia menghulur kepada Armel.

Armel mengangkat kepala. Sisa air mata diseka kasar.

"Erm?"

Armel bingung. Namun dia sambut juga huluran sapu tangan dari Luqman.

"Terima kasih." ucap Armel.

Luqman yang berdiri membelakangkan Armel mengangguk faham. Dia tahu gadis itu sedang bersedih atas perkahwinan Qaf. Dia juga sama. Dia juga dilanda ribut yang membawa luka.

Namun, tidaklah sampai menyimpan niat hendak meruntuhkan rumah tangga orang. Afiyyah gembira, dia juga sama. Fiyyah sakit, dia sepuluh kali ganda lebih daripada itu.

Kerana sayang, dia lepaskan. Tetapi rasa cinta itu masih ada. Rasa cemburu melihat Qaf dan Fiyyah meluangkan masa bersama, juga ada. Namun Luqman lebih memilih untuk menjaga perasaannya. Biarlah rasa cinta dan sayang itu hilang ditelan waktu.

"Kenapa? Kena tinggal dengan boyfriend ke?" Luqman menyoal.

Armel senyum senget. Soalan yang berbaur sindiran di telinganya. Bukan dia yang ditinggalkan, dia yang tinggalkan 'bakal' suami tidak jadi itu.

"Bukan kena tinggal." jawab Armel sepatah.
Dia mengikat rambutnya. Rimas pula bila menyimpan rambut panjang.

"Habis itu?" Luqman tertarik.

Dia tahu Armel yang tinggalkan Qaf. Dia tahu juga Armel sendiri yang batalkan perkahwinan tersebut. Sesal sekarang pun tiada guna. Oleh itu dia berbaik hati menghulur sapu tangan kepada Armel. Kalau bukan kerana dia bersimpati ke atas Armel, dia mana mahu berbuat begitu.

"Kalau I cerita pun... You takkan faham." Armel melepas nafas panjang.

Luqman mencuit hidungnya. "Up to you la nak cerita atau tidak. Aku cuma kesiankan dekat kau ni. Dah tahu lelaki yang kau suka tu dah jadi milik orang lain, buat apa nak menangis?" Luqman menyindir.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now