Entah kenapa Armel tak memiliki keberanian untuk memulangkan cincin tersebut kepada Puan Sofia. Hati berbisik supaya Armel menghentikan perbuatan itu. Tetapi fikiran berkata lain. Dia perlu mengembalikan sebentuk cincin berlian yang pernah tersarung ke jari manis Armel.
Armel pandang pantulan diri sendiri di hadapan cermin. Keluhan kecil berlepas. Rambut merah mencecah pinggang dibiarkan terurai. Dress hitam pekat menampakkan bentuk tubuh badan yang ramping. Mata kehilangan seri, bagaikan putus harapan. Keputusan yang bakal dilakukan bukan saja memberi kesan kepada Armel, kepada ibu bapanya juga.
Armel angkat kepala penuh yakin. Dia bulat hati memutuskan ikatan yang terjalin selama tujuh bulan.
Apa saja cara akan dilakukan demi mendapatkan lelaki yang berjaya memikat hati Armel.
Jejaka kedai kek.
Armel senyum sumbing. Sebentuk cincin diisi semula ke dalam kotak. Dia yakin. Akan ada orang yang lebih baik menunggu Armel di luar sana.
Oja diberikan cuti setengah hari oleh Uncle Muthu. Bila ditanya kenapa secara tiba-tiba majikannya itu memberi cuti. Rupanya Uncle Muthu sedang berusaha memikat hati Aunty Priya, janda anak satu, yang tinggal di kampung sebelah. Oja iyakan saja. Apa yang diceritakan oleh Uncle Muthu, Oja rela hati tadah telinga. Oja pendengar yang baik.
Guruh berdentum-dentam. Kilat memancar-mancar di langit. Angin bertiup agak kencang. Tadi pagi cerah, sekarang bertukar gelap. Begitu lah perangai manusia. Sering berubah-ubah.
Hujan turun dengan lebat. Oja berlari pulang ke rumah. Tetapi tiba-tiba dia terpijak kaca dan menembusi selipar Jepun yang dipakainya. Oja berhenti. Dia tunduk dan mencabut serpihan kaca yang melekat pada telapak kakinya. Darah merah mengalir laju. Oja tidak peduli.
Baginya, tiada apa yang penting selain pulang ke rumah dengan selamat ketika guruh dan petir saling menunjukkan kehebatan di dada langit.
Toyota Corolla Cross yang dipandu oleh Qaf berhenti ditepi jalan. Timbul rasa kasihan di hati apabila dia melihat seorang gadis berjalan ketika hujan.
Cermin kereta diturunkan. Tetapi Oja tidak perasan Qaf sedang melihat ke arahnya. Dengan kaki tempang sebelah, Oja gagahkan diri pulang ke rumah.
Kereta Qaf berundur ke belakang. Dia mahu memanggil, tetapi dia tidak tahu namanya siapa.
Qaf menekan hon. Tetapi Oja tidak dengar. Mungkin kerana tumpahan hujan yang agak lebat pada tengah hari itu.
Qaf toleh ke belakang. Mujur dia menyediakan sekaki payung di dalam kereta.
Ketika Qaf melangkah keluar bersama sekaki payung yang terbuka luas. Seorang nenek tua muncul bersama payung berwarna hijau dan memayungi gadis itu.
Qaf senyum kecil. Mujur ada orang baik hati yang sudi membantu gadis itu. Niat ingin membantu dibatalkan. Qaf pandu kereta terus ke rumah Kak Wani.
Balutan kain kasa di telapak kaki Oja dipandang lama. Oja angkat kepala dan senyum ke arah Nek Bedah. Mujur Neneknya itu mahir dalam bidang perubatan, jadi tidak perlulah dia membazirkan duit pergi ke klinik.
Nek Bedah menolak manja kepala Oja. Cucunya satu ini, suka sangat risaukan dia. Kalau suatu hari nanti dia sudah tiada, siapa yang akan menjaga cucu kesayangannya itu?
Oja senyum sambil menayang sebaris gigi rapat.
"Senyum, senyum. Ingat manis lah tu?" Nek Bedah menjeling geram.
"Terima kasih, nek. Sebab dah bantu Oja."
Segelas air coklat panas dicapai dari atas meja dan dihirup perlahan. Lega rasanya.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...