Berdentum dentam guruh di langit gelap tanpa butiran bintang. Hujan pula, menumpahkan isi ke tanah. Menyirami pokok-pokok dan tumbuhan kecil sekitarnya. Angin berpuput perlahan, tetapi kedinginan angin itu mampu menembusi hoodie yang dia pakai.
Oja menggigil kesejukan. Dingin di malam hari tidak mematahkan semangat Oja menghantar makanan ke rumah kawan Mama.
Di luar, dia masih setia berdiri sambil menekan loceng. Salam yang dilaungkan, tidak bersahutan.
Mungkin sudah penat. Oja memutuskan untuk menapak pergi. Bukan dia tidak ke sana, penghuni dalam rumah itu sendiri yang tidak mahu keluar.
Andai kata tidak ada, tidak perlu menyuruh dia pergi.
Setapak dua. Daun pintu terbuka sedikit. Oja toleh ke belakang bila seorang wanita memanggil dengan nama panggilan Bibik.
Ya, memang dia pembantu rumah dalam rumah itu.
"Kejap... kau ini bibik Sofia, kan?" soal Wanita berambut kerinting dan memakai baju tidur bercorak harimau.
Oja angguk. Iyakan sahaja pertanyaan itu.
"Haah. Sayalah tu. Puan Sofia yang suruh saya hantar makanan ke sini. Kenapa Puan?"
"Oh... tak adalah. Jarang-jarang dia ambil pekerja yang berupa sedikit dari dia," Dia berkata separuh berbisik.
Oja sembunyi senyum. Tawanya ditahan dari terlepas. Macamlah dia tidak dengar apa yang wanita itu bisikkan.
"Kalau macam tu saya pergi dulu." Oja cepat-cepat meminta diri.
Sudahlah hujan lebat. Malam pula tu.
Bukan hantu yang dia takutkan, tetapi manusia.
Zaman sekarang manusia lebih menakutkan berbanding dengan hantu.
Di pertengahan jalan, Oja berhenti melangkah. Timbul rasa kasihan bila dia terpandang ke arah seorang wanita yang sedang berteduh di pondok bas.
Entah kenapa, tergerak kakinya melangkah ke arah wanita tersebut. Payung ditutup lalu diberi kepada wanita itu.
Dari mukanya, dia tampak terkejut dengan pemberian secara tiba-tiba itu.
Dia menolak, tetapi Oja masih berkeras.
Akhirnya dia menerima pemberian itu.
Hujan pun tak adalah lebat sangat jika nak dibandingkan semasa dia sibuk menekan loceng tadi.
"Terima kasih," ucapnya.
Oja mengambil tempat duduk di sebelah sambil membalas ucapan itu.
"Duduk sorang je?" soal Oja. Memecah kesunyian.
Wanita berambut panjang mengangguk laju.
"Nama aku Anna. Kau pula?"
Oja senyum kecil. "Oja."
"Uniknya! Aku simpan nama kau untuk anak aku nanti, boleh?" pinta Anna.
Oja membutang. Seriuslah nama buruk itu dianggap unik oleh Anna.
"Be... betul ni?"
"Betullah. Kau bagi aku payung, aku balas balik dengan namakan anak aku sempena nama kau." Anna tersenyum lebar.
Oja terharu seketika. Padahal, dia tidak meminta.
"Aku tak bagi. Aku bagi pinjam kejap je," Oja tergelak kecil diikut oleh Anna.
Lagaknya seperti sudah kenal lama. Masing-masing tidak kekok bertukar cerita.
Anna berasa terhibur dengan kehadiran Oja. Gadis ceria yang sentiasa tersenyum. Beruntung siapa yang berjaya mendapatkan hati Oja. Tak jemu mata memandang, tak muak dengar suaranya.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...