Bab 36

444 26 1
                                    

NAK kata dia dah jatuh sayang terhadap seorang gadis dengan bahasa bisunya, tidak juga. Jauh sekali dari fikiran Dora. Tetapi, melihatkan keadaan Anan pada pagi tadi. Buatkan Dora berfikir panjang.

Dari cara renungannya ke luar tingkap kaca. Sering bertanyakan hal tentang dunia luar. Buatkan Dora tak senang duduk. Apakah Anan ingin melarikan diri dari Dora? Tak mungkinlah. Kalau dia mahu larikan diri, sudah lama dia lakukan. Sejak kali pertama dia dibawa ke rumah. Tetapi, ini tidak. Kalau dia kira-kira, sudah masuk lima bulan Anan tinggal di rumahnya. Dan Anan tidak pernah membuka cerita tentang dia, keluarga, atau bagaimana dia tercampak ke tempat itu.

Yang pasti, di mata Dora. Wanita lingkungan 40an dan bersama seorang lelaki di sisinya, pasti mempunyai sesuatu yang dia tidak tahu.

Anan? Rasanya dia tahu. Bibir Dora herot sebelah tanpa dia sedar.

Hadief yang perasan akan hal itu, terus mendekat. Bahu Dora sengaja dilanggarnya. Sementara tangan sasa melingkar dibahu Dora.

"Kenapa? Suka dapat habuan dari Dai-Loh?"

Dora tahu pertanyaan itu berbaur sindiran padanya. Dora, dan Red Dragons berjaya mengusai dua kawasan yang amat terkenal di bukit bintang. Kejayaan itu diraikan oleh Jack, serta pembantunya, Ng Loi.

Mereka duduk semeja, meraikan kejayaan itu. Tetapi tidak bagi Dora. Dora selaku pengawal peribadi kepada Jack, tegak berdiri dengan muka diangkat dingin bak salju di malam hari.

Rambut kelabu yang mula pudar, digosok berkali-kali. Dora berasa rimas dengan kehadiran Hadief tak ubah seperti ulat bulu. Gatal bila disentuh. Tetapi, bukan dia menyentuh dulu. Hadief!

"Alah, Danial. Come on la, takkan kau tak happy kot?" usik Hadief lagi.

Dora turunkan tangan kiri Hadief yang masih melingkar dibahunya. Lalu dia melirik ke kiri.

"Kau tahu aku bukanlah orang yang suka meraikan sesuatu? Kalau dah tahu, baguslah."

Jaket kulit hitam yang tersarung di tubuhnya diperkemaskan. Kepala ditegakkan semula. Merenung tepat ke arah Ng Loi dan ketua mereka yang sedang berbual kosong di hadapan.

Hadief di sebelah menjeling, tak tahu apa masalah Dora. Kalau dengan Arman, bebaslah dia. Kalau ikutkan ranking, kedudukan Hadief tinggi sedikit berbanding Arman dalam kumpulan Red Dragons.

Red Scorpion terbahagi kepada tiga kumpulan. Satu, Blue Diamond. Red Dragons. Serta Wings Of Dragon. Diantara ketiga kumpulan tersebut, kumpulan yang diketuai oleh Dora, anjing hitam kebanggaan Dai Loh sering mencatat prestasi yang jauh lebih baik berbanding Diamond, dan WOD.

Disebabkan itulah, ramai ahli dari kedua-dua kumpulan tersebut berasa iri hati terhadap pencapaian yang direkodkan oleh Dora. Anak tiri pada Jack.

Tetapi pencapaian itu tidak menjanjikan erti kebebasan. Ya, yang dia mahukan cumalah hidup yang bebas. Tetapi itu jauh sekali dari hidupnya. Yang dia berdepan, hanyalah kegelapan tidak berpenghujung. Andai suatu hari nanti dia tertangkap, dia rela menjalani hukuman. Kerana itu sudah tertulis di namanya.

Danial Lee Yuhai

HUBUNGAN mereka? Jauh sekali dari pasangan kekasih, atau pasangan suami isteri. Dora tahu Anan berpegang teguh pada agamanya. Dia punya aturan. Tetapi Tuhan punya peraturan.

Yang dia rasa sepanjang lima bulan mengenali Anan. Dia dapati, Anan sukakan pantai dan laut. Sering kali duduk di depan tv, bila rancangan tentang laut bermain di kaca. Dora tahu Anan teringin nak pergi ke sana. Dora meletak helmet di atas meja. Mata melingas kiri dan kanan. Ke mana perginya Anan? Dora cuak. Tingkap kaca terbuka lebar. Cuma langsir putih dihembus angin. Apartment Dora terletak di tingkat empat. Takkan Anan melompat keluar melalui tingkap? Mustahil. Tak perlu Anan susahkan diri untuk melompat. Dia boleh saja menaiki lif, atau tangga.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now