"Ini semua salah saya."
Puan Fatimah bersuara sambil menekur ke bawah. Kalaulah dia tidak menyuruh Anan keluar dari rumah, semua ini tidak akan terjadi.
"Tak, imah. Awak tak minta semua ni jadi. Awak tak tahu." DCP Harun cuba menenangkan isterinya.
"Yes, it is! Anan takkan hilang, takkan kena pukul, kalau saya tak biarkan dia keluar dari rumah." tempelak Puan Fatimah.
Dia terduduk di atas lantai mengenangkan nasib satu-satunya anak gadis mereka. Moga Tuhan sentiasa melindungi gadis bisu itu. Apa yang dia lihat di luar rumah sebentar tadi benar-benar merobek hati seorang Ibu. Percikan darah yang terkena pada pintu pagar buatkan debaran jantung bertambah kencang. Semua ini tidak akan berlaku jika dia tidak menyuruh Anan keluar dari rumah. Sekarang, dia baru sahaja kehilangan Anan. Satu-satunya harta yang paling berharga dalam hidup Puan Fatimah.
Cukup-cukuplah ketika dulu. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Tidak akan.
"Soal ni biar aku yang settle. Tak payah tergedik-gedik nak buat laporan pada polis."
Suara yang baru menegur menghalau ingatan Puan Fatimah terhadap peristiwa hitam itu.
Dia mengangkat kepala ke arah Dora yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa.
"Bila libatkan polis, masalah ni akan jadi lebih besar. Aku tak mahu ambil risiko." ujar Dora. Tangan dibawa bersilang di dada.
"Maksudnya?" DCP Harun bertanya.
"Hadief Roslan. Dialah penculik tu." Dora mencampak beberapa keping gambar Hadief ke atas meja.
DCP Harun mengambil satu keping. "Lelaki ini..."
"Yup! That's him. Lelaki yang mahu lenyapkan kau dari dunia ini, Harun." Dora tersenyum sinis.
Kerana mereka, Anan terlibat sekali.
"Kenapa?"
"Takkan kau tak tahu kot? Kau bertugas bahagian narkotik. Kau tangkap orang yang terlibat dengan dadah. Hadief salah satu dari orang yang patut kau tahan. Tahu kenapa dia sasarkan Anan?" Dora cuba memancing. Mana tahu DCP Harun dapat meneka.
"Sebab aku?" soal Harun.
"Lebih kurang. Tapi lebih kepada sebab nak umpan kau masuk ke dalam perangkap dia." terang Dora.
Puan Fatimah tampak terkejut mendengar penjelasan dari Dora. Dia diam tidak berkutik.
"Sekarang ni... biar aku dengan Luqman yang settle. Jangan libatkan polis. Kalau tak nak jadi sesuatu pada Anan." tegas Dora.
Bila melibatkan Hadief, DCP Harun tahu dia tidak boleh ikut campur biarpun dia mahu. Silap sedikit operasi scorpion yang akan terjejas nanti.
Dora menghela nafas panjang sebelum bibirnya menyenget.
"Kau orang tak kesiankan ke dekat aku? Dahlah jadi tikus polis. Andai tertangkap, mati sajalah jawapnya. Tapi disebabkan aku nak keluar dari tempat tu, aku tak kisah kalau aku mati. Yang penting sekali..."
"Nama aku bersih. Kalau umur tak panjang, tanam jelah sebelah Ibu aku." Usai berkata secara selamba, Dora bangun.
"Danial. Ak... aku..."
"Aku minta maaf sebab libatkan kau. Tapi aku tahu, hanya dengan cara ini kau akan dapat hidup bebas." DCP Harun bersuara pada Dora.
"Tak apa. Bukan salah sesiapa pun. Aku buat semua ini untuk Su Lin." Dora tersenyum tipis.
Demi Ibu, demi kebebasan, dia rela melakukan apa sahaja biarpun harus menggadai nyawa sendiri.
Titt...
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomansQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...