Bab 41

471 34 4
                                    

"Abang nak gerak sekarang ke? Tak nak tunggu kak jaja?" Piyan bertanya.

Luqman menggeleng perlahan. Biarlah menjadi rahsia. Oja tidak perlu tahu kehadiran Luqman ke situ.

"Tak perlu. Kan abang dah cakap, kak jaja tak boleh tahu siapa abang." tambahnya lagi. Senyum digariskan di bibir, biarpun secara terpaksa.

"Kenapa pula?" Buntal menyampuk.

Luqman tunduk lalu mengusap kepala Buntal yang masih tersarung topi.

"Hish! Apa ni sentuh kepala orang." Buntal mengalihkan tangan Luqman.

"Sekarang... abang dah tunaikan janji abang. Giliran kau orang pula lepas ni ya, abang tak boleh berlama-lama kat sini." beritahu Luqman. Harap-harap mereka berempat tidak membocorkan rahsia.

"Jangan risau! Serahkan pada Paan. Cuma tulah... Mina ni celupar sikit. Sikit jelah." tambah Paan. Luqman gelak kecil.

"Ada-ada je. Ingat... Cakap apa yang abang suruh bila kak jaja datang sini. Jangan..." Luqman berhenti di hujung kata. Sengaja mengingatkan mereka tentang perjanjian sebentar tadi.

"Bocorkan rahsia!" Mina menyambung penuh semangat.

"Betul tu."

Piyan, Paan, Mina, serta Buntal bergiliran menyalami tangan Luqman sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tunggu di situ. Nak saja dia perkenalkan diri kepada Oja buat kali kedua. Nak sahaja dia ulang semula detik-detik pertemuan mereka di tempat itu.

Namun, dia tidak mampu. Dia tidak kuat. Dia terlalu bodoh kerana menyukai seseorang yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Tidak jauh dari situ, cermin kereta diturunkan. Luqman melemparkan pandangan ke arah Oja yang sedang berpelukan dengan kanak-kanak tadi.

Baru mahu menerbitkan senyum di bibirnya, pandangan teralih pula pada sesusuk tubuh tinggi lampai yang baru tiba di situ. Ya, itulah pemenangnya.

Riak muka Luqman berubah serta merta. Mendung gelap memayungi kepalanya. Dan menunggu masa sahaja untuk melepaskan takungan air.

Luqman alihkan pandangan ke hadapan. Sedaya upaya dia tahan rasa sakit yang mencucuk ke hati.

"Jaga dia baik-baik, Qaf. Jangan sakitkan hati dia. Mungkin... bila aku dah cukup kuat untuk lepaskan, aku takkan pandang belakang dah. Aku akan maju terus. Tapi nama tu..."

"Akan selamanya terpahat di hati aku,"





ENTAH kali ke berapa Bella mengetuk pintu bilik Armel. Bimbang juga terjadi apa-apa nanti. Dia susah hati memikirkan keadaan gadis itu. Apatah lagi bila Armel baru sahaja mendapat tahu tentang perkahwinan Qaf.

Dia macam tidak biasa dengan perangai kawannya seorang itu. Armel susah mahu move on. Cinta pertamanya ialah Qaf. Armel sudah akui beberapa hari lepas.

Yang lebih memeningkan kepala, bila Armel sendiri nekad untuk mendapatkan Qaf.

"Mel, aku tahu kau kat dalam. Tapi jangan kurung diri dalam bilik je. Aku tahu kau lapar. Aku tinggalkan makanan depan pintu bilik, ya?" Terbantut langkah Bella hendak meletak dulang makanan depan pintu bila pintu bilik Armel dibuka dari dalam.

Bella melepas nafas berat. Payah nak memujuk orang yang patah hati. Bella bangkit semula sambil membawa dulang.

"Mel, aku masuk tau." beritahu Bella lembut.

Dulang makanan diletak di atas meja sebelah katil. Armel didekati.

"Mel..." Perlahan Bella menyeru.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now