Bab 48

331 24 2
                                    



KELUHAN berat terlepas dari bibir namun segera dihadirkan bunga senyum yang menghias wajah Dora. Sedaya upaya, dia mengembalikan ketenangan jiwa yang nyaris diragut seketika tadi.

Dikesat kasar darah yang masih tersisa di tepi bibir sebelum dia mengorak langkah ke arah Anan.

"Maaf, aku lambat." ucapnya sambil menghulur sebotol air mineral.

Anan mengangkat kepala. Hati jadi sayu melihat Dora. Kalau bukan kerana dia, Anan tak mungkin akan selamat. Takdir telah pertemukan mereka. Firasat Anan sememangnya benar. Kakinya tak berat melangkah ke arah cafe itu. Namun, Dora pula yang jadi mangsa.

Sakit ke? Maaf, aku...

Dora menahan tangan Anan. Dia tak suka bila Anan meminta maaf dengan dia. Anan tidak pernah berbuat salah. Sedikit pun tidak pernah. Bahkan dia yang rasa serba salah kerana mengheret Anan.

"Tolong... jangan minta maaf dengan aku. Kau, tak pernah buat salah pun sebelum ini. Jadi kenapa nak minta maaf?" sinis balasan dari Dora.

Anan menarik semula tangannya dari pegangan Dora.

Saya minta maaf sebab dah cacatkan muka kacak awak.

Cepat-cepat Anan alihkan pandangan. Dia tidak mampu melihat muka Dora. Tampak terkejut, namun terselit riak gembira tatkala Anan mengambil berat mengenai dia.

Dora membuka topi besbol lalu menolak rambut ke belakang. Jemari berurat hijau dipandang buat seketika sebelum dia menoleh ke arah Anan di sebelah.

"Kalau... kalau suatu hari nanti aku akan jadi cacat. Muka aku dah tak kacak macam dulu. Aku dah hilang keupayaan. Kau masih akan puji aku ke?" Tiba-tiba Dora tergelak sebelum menekur ke tanah.

Dia, ahli Red Dragon. Anjing hitam dan pengawal peribadi kepada Jack Yao. Bapa kandungnya sendiri. Risiko untuk dibunuh selepas apa yang dia lakukan itu amatlah besar. Kalau dulu, dia tak takut mati. Bahkan melihat Hao mencabut nyawa manusia di depan dia pun masih tidak rasa apa-apa. Tetapi itu dulu. Kini, dia mengenali Anan. Gadis bisu yang berjaya mengembalikan senyuman Dora.

Dia, hidup bertuhankan dendam yang dikandung dalam tubuh. Namun, sejak kehadiran Anan dalam hidupnya. Hidup yang dulu tak punya apa-apa harapan, kini berharap agar mampu berkongsi hidup dengan Anan.

Tapi, aku tahu aku siapa. Dan dia siapa. Tak mungkin akan bersatu. Ah! Suara hatinya kembali mengusik minda.

Dora menghalau suara kecil yang cuba mengusik dirinya. Dia tidak boleh berlembut. Sama sekali tidak boleh. Anan berhak mendapatkan lebih baik dari dia. Dan Anan berhak untuk hidup bahagia.

Jeda seketika.

Anan mengetap bawah bibir. Apa pula yang Dora tengah fikirkan? Hujung baju Dora ditarik. Dora berpusing pantas ke arahnya.

Tupp!

Dahinya baru sahaja ditunjal oleh Anan. Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang berani menyentuh Dora. Ataupun mendekati anjing hitam itu. Tetapi Anan? Dia tidak kisah.

Saya pandang dari hati awak, encik Danial.

Saya tahu... awak baik, kan?

Jauh sekali dari perkataan baik. Dia jijik! Dora hadirkan senyum palsu di bibir. Rasanya macam nak hamburkan ketawa sahaja.

"Jauh dari apa yang kau fikir, Anan. Tak semua orang baik. Dan tak semua orang jahat."

"Kalau... kalau tak ada orang jahat dalam dunia ni. Keadilan dan hukuman takkan pernah wujud pun,"

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now