"Mel, kau nampak tak dompet aku?" soal Bella panik sambil meraba-raba beg tangannya.
Armel geleng. "Tak ada juga. Tak tertinggal dalam kereta ke?" Armel cuba mengingatkan.
"Tak. Aku ada bawa tadi."
Cari dan cari, jumpa juga. Bella tersenyum lega.
"Banyak sangat barang kau isi dalam beg tu, sampai dompet sendiri pun tak dapat nak cari." Armel mengusik.
Bella tayang sengih. Duit bertukar tangan dengan gadis cashier. Dompet diisi semula ke dalam beg dan mereka melangkah keluar dari kedai kasut.
"Mel, aku nak pergi toilet kejap. Aku nak betulkan rambut aku." beritahu Bella.
Rambut blonde bertocang dua dilihat oleh Armel. Nampak ok saja di mata dia, celah mana yang perlu dibetulkan? Armel mencebik, lalu dia mengangguk.
"Hmm. Aku tunggu kat sana saja lah. Nak cuci mata tengok kek." Tunjuk Armel ke arah kedai kek.
Bella angguk saja. Rambutnya lebih penting dari segalanya. Silap hari esok lalat pun boleh bertelur kalau dia tidak betulkan.
Kek coklat yang disimpan di dalam peti kaca dipandang lama oleh Qaf Rayyan. Dia ingat-ingat lupa kek perisa apa yang digemari oleh Nek Som. Hendak bertanya kepada Zafrul, telefonnya kehabisan bateri. Malang sungguh dia lupa mengecasnya sebelum keluar dari rumah. Qaf menggaru kepala yang tidak gatal itu. Topi hitam yang menutupi pemandangannya dirapikan sedikit.
Dia pasrah sajalah. Lagi pula, Nek Som mana pernah menolak apa yang Qaf beri pada dia.
"Saya nak kek ni."
"I nak kek ni."
Pekerja yang berada di hadapan mereka terdiam. Dipandang wajah Qaf Rayyan dan Armel silih berganti. Dua orang mahukan sebiji kek pada waktu yang sama.
Armel menoleh ke kiri. Lelaki tinggi lampai, bertubuh tegap layaknya seorang tentera. Tetapi tunduk saja ke bawah seperti malu-malu angkat kepala.
"Tak apalah. Bagi dekat dia saja." Qaf malas mahu berebut-rebut. Gadis itu angguk saja sebagai balasan. Ingatkan nak bergaduh, dan tukarkan kedai itu ke gelanggang WWE.
Tetapi, tak gentlemen langsung kalau bergaduh dengan perempuan. Hanya disebabkan perkara yang nampak kecil sahaja. Dia puji sungguh kerana lelaki ini mampu mengalah. Dan tidak perlu berbalah.
"Betul ni You kasi?" Armel bertanya.
Qaf angguk. Langsung tidak menoleh ke belakang.
"Tak apa, You ambil aje lah. Okey?"
Qaf gigit bawah bibir. Dia berpusing ke belakang. Mata Armel bertaut dengan lelaki itu.
"Perlu ke saya buat macam tu?"
Armel diam. Dia terkaku, dan terpaku. Qaf buka dompet. Kad hitam diambil dan dihulur kepada gadis itu.
"Bayarkan. Dan bagi dekat dia."
Bagai dipanah petir, seluruh tubuh Armel kaku. Dalam tak percaya, lelaki ini sanggup mengalah dan sanggup membayar harga sebiji kek. Menarik.
Kad bertukar tangan. Qaf angguk saja ketika si gadis lemparkan senyum. Dia tidak membalas.
Armel lihat dari belakang lelaki berkulit sawo matang yang mula melangkah keluar dari kedai. Hati nya tersentuh. Kalau dapat bakal suami macam dia, best juga. Jika dinilai dari luaran, lelaki itu pasti lelaki yang bertugas dalam uniform tentera.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomansaQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...