Prolog

3.1K 107 27
                                    




DARI tadi Puan Sofia cuba menelefon bakal besannya itu. Sampai sekarang tak dijawab-jawab. Moga-moga apa yang diperkatakan oleh Suaminya itu bohong. Dia tidak sedia tanggung malu!

"Kalau orang dah tak nak. Kita tak boleh nak paksa. Andai kata mereka berjodoh, bertemu jua dengan apa caranya." Tuan Yusuf reda sahaja. Kalau itu yang Armel mahukan, mereka tidak boleh memaksa.

"Abang yang cakap boleh lah! Tapi mana saya nak letak muka saya ni, hah? Kad undangan dah diedarkan. Kawan-kawan saya dah tahu pasal Qaf nak kahwin." Puan Sofia menekup muka dan menangis semahunya.

Tuan Yusuf tidak faham. Majlis perkahwinan itu akan berlangsung seminggu dari sekarang. Masih tidak terlambat untuk membatalkan persiapan yang dibuat. Entah kenapa Puan Sofia berkeras mahukan majlis itu berlangsung dengan jayanya. Takkan dia mahu biar anak bongsunya itu duduk di pelamin seorang-seorang?

"Mama, kalau orang dah tak sudi. Kita tak perlulah nak paksa-paksa. Batalkan saja andai itu pilihan yang ada," Menyampuk Qaf Raykal abang kepada Qaf Rayyan.

Bahu mamanya diurut. Dia tahu nama baik dan maruah mereka harus dijaga. Tetapi jika itu kehendak Armel, mereka perlu akur.

"Bapak dah cakap banyak kali dengan Mama kamu, Raykal. Dia tetap nak teruskan majlis itu juga." Tuan Yusuf melipat surat khabar. Dia bingkas bangun dari tempat duduk dan mendaki tangga untuk ke bilik.

Air mata Puan Sofia menitik laju. Kerisauannya pada Qaf Raykal sudah terlepas apabila lelaki itu selamat diijab kabul bersama pilihannya sendiri. Itu pun ambil masa untuk dia terima Qaseh Zulaikha. Gadis tepi lorong yang tak punya apa-apa.

Harapan Puan Sofia dapatlah dia merasa menantu dari keluarga yang baik-baik. Bukan mahu membandingkan-bandingkan, tetapi kalau diberi pilihan. Dia bantah habis-habis keputusan Qaf Raykal. Tetapi hati sudah memilih. Harap sangatlah Armel ubah fikiran dan tarik balik apa dia putuskan.

"Kalau mama fikir sangat apa orang-orang cakap. Mama takkan dapat terima keputusan Armel. Biar mereka hendak berkata apa, lebih baik berpisah begini." Lembut Qaf Raykal cuba memujuk.

"Mama tak kira. Masa Raykal dengan Qaseh dulu bolehlah mama bagi green light, tapi itu dulu. Sekarang mama mahu yang baik-baik buat Rayyan."

Qaf Raykal tahu benar Mamanya itu menentang hebat hubungan diantara Qaseh dan Raykal. Mamanya itu bercili saja di mulut, tetapi hatinya baik!

"Keputusan mama muktamad. Perkahwinan ini akan diteruskan. Tak kira Qaf tak ada calon nak dibawa ke rumah, biar mama yang cari sendiri. Mama nak Qaf kahwin dengan pilihan Mama!"

Terjongket sebelah kening lebat Qaf Raykal. Bukan dia yang mahu berkahwin, tetapi dilepaskan pula pada dia. Nama saja pasangan kembar seiras yang hampir berkongsi rupa, tetapi perasaan mereka tidak sama. Begitu juga dengan perwatakan mereka. Jauh sekali.

"Mungkin, mama dah lupa. Bukan Kal yang mahu kahwin. Tapi, Rayyan." beritahu Qaf Raykal tersengih-sengih.

Mamanya mencebik. Dia lupa bahawa anak bongsunya itu masih berada di dalam hutan.



















QAF RAYYAN UNDERCOVER membuka tirai...

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now