Bab 32

655 53 20
                                    


Tok! Tok! Tok!


NEK Som berasa aneh. Siapa pula yang ketuk pintu rumah lewat malam ini? Sudahlah dia tinggal bersendirian. Minta-minta jangan yang berambut panjang, atau berbalut kain putih pula yang datang melawat. Fikir Nek Som.

Dia bingkas bangun meninggalkan peti tv yang menayang drama pukul sepuluh, slot Samarinda berjudul Badai Semalam.

Nek Som intai dari celah tingkap. Tapi, dia tak nampak pula kereta parkir di kawasan rumah. Nek Som mula berasa tidak sedap hati. Doanya, jangan dia bertemu dengan pencuri seluar dalam sudah. Macam minggu lepas, seluar dalam Pak Mail tiba-tiba hilang dari ampaian. Sudah diberitahu jangan disidai di luar, orang tua itu tak mahu dengar. Katanya, itu cuma khabar angin. Tak ada sesiapa juga yang mahukan seluar dalamnya itu.

Haih... kalau yang dicuri barang berharga, tidak apalah. Ini seluar dalam?! Mahu dibuat apa dengan hasil curiannya itu? Mahu dipamer ke muzium?

Nek Som buka juga pintu rumah. Belum sempat dia buka luas-luas. Tubuh kecil Oja menolak pintu tersebut.

"Ya Allah, seroja ainul!" Mujur Nek Som sempat sambut tubuh itu.

Bila dia goncang, dan panggil berkali-kali. Rupanya, Oja sudah tidak sedarkan diri. Nek Som cemas. Dia mahu jerit meminta tolong, jeritannya ditenggelami bunyi hujan. Tak ada cara, Nek Som cuba memapah Oja. Tetapi dia tidak dapat.

"Apa yang dia orang buat kat kau, seroja. Kenapa kau jadi macam ini? Mana suami engkau?" Air mata Nek Som mula menitik. Sayu hati melihat Oja datang ke situ sambil membawa beg pakaian.

Mohon dijauhkan dari apa yang dia fikir. Dia kenal Qaf, dia kenal cucu itu. Dia takkan berbuat sesuatu yang akan undang amarah orang tua itu. Oja ialah amanah. Dia amanahkan Qaf untuk jaga Oja. Tetapi, melibat keadaan Oja sekarang. Hati tuanya hancur berkecai. Dia tak sangka, Qaf tak jaga amanah itu baik-baik, sepertimana dia menjaga amanah arwah Zubaidah.

Nek Som bawa Oja ke dalam pelukan. Allah, sejuk tubuhnya. Tetapi dia tak punya kekuatan bawa Oja masuk ke dalam rumah. Nek Som cuba lagi, tetapi sama juga.

Doanya, moga ada orang yang akan datang membantu. Dan, tak sangka. Doanya dijawab. Toyota Corolla berwarna hitam memasuki kawasan rumah. Nek Som kenal pemilik kenderaan itu siapa.

Tetapi, dia bekukan muka dan cuba bersikap tegas bila pemilik kenderaan itu meluru deras ke arah mereka.

"Apa kau dah buat kat cucu aku. Apa kau dah buat, Qaf?!" herdik Nek Som.

Qaf terkejut dengan herdikan itu. Tetapi, dia buat tak peduli saja. Oja lebih penting dari herdikan itu.

Tidak berkata apa-apa, Qaf mencempung tubuh Oja di udara. Biliknya dituju terus. Qaf baringkan Oja secara perlahan di atas katil lalu menarik selimut menutupi separuh dari tubuhnya.

Nek Som yang melihat kelakuan Qaf cuba menghentikan tindakan lelaki itu.

Nek Som merentap tangan Qaf. Dia memandang tepat ke matanya.

"Apa kau dah buat dekat cucu aku? Apa kau dah buat, Qaf Rayyan!" jerit Nek Som.

Qaf tidak jawab malah dia diam. Tahu, dia yang salah kerana biarkan Mama dan Qarmella halau Oja. Kalau dia tidak terlambat pulang ke rumah, semua ini tidak akan jadi!

"Jawab! Kenapa kau senyap, Rayyan? Aku amanahkan kau untuk jaga cucu aku. Ini yang aku dapat sebagai balasan? Suami jenis apa kau ini, Qaf Rayyan?" Nek Som hela nafas panjang. Dadanya turun naik tahan marah.

"Kalau beginilah jadinya..."

"Nek dengar dulu apa yang Qaf nak jelaskan," ujar Qaf. Cuba memujuk.

"Apa lagi aku nak dengar dari kau? Dah jelas depan mata aku sendiri, kau abaikan Seroja Ainul. Kau biarkan dia hidup terseksa kat sana, sementara kau hidup senang pula, ya?"  Terus-terus Nek Som hambur kata. Bibirnya senget sebelah.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now