Bab 22

661 39 83
                                    

Bisikan hujan, membelai jiwa yang sepi. Dingin mendakap erat tubuh seakan tidak mahu melepaskan pergi. Lipatan baju terakhir tersusun rapi di dalam beg. Sengaja tidak mahu mengejutkan si isteri yang sedang enak dibuai mimpi.

Berat hati hendak melangkah pergi, berat kaki hendak terbang tinggi.

Bukan dia tidak mahu, malah jiwanya yang meminta. Tetapi, hatinya terasa berat.

Qaf keluh. Langkahnya mati di hadapan Oja. Wajah cerah dan tampak tenang. Wajah yang sentiasa ceria meski ribut melanda.

Entah macam mana wajah itu sentiasa dihiasi senyuman.

Qaf teragak-agak mendekati Oja. Rentak jantung bertambah laju. Seolah-olah dia baru saja menamatkan larian berpagar.

Jemari kasar menyentuh hujung rambut. Wanginya... buatkan Qaf angau seketika.

Qaf yang meminta Oja tidur di atas katil, dan dia pula di sofa. Tahu, Oja tak selesa berkongsi tempat tidur. Qaf juga sama. Mereka masih memerlukan masa dan ruang. Tetapi, bagi Qaf. Kadang-kadang timbul keinginan mahu berkongsi tempat tidur.

Mana tahu dengan cara itu mereka dapat  berkongsi hati?

Ditenung lama wajah itu. Berani ketika tidur sajalah. Dilepaskan rindu yang terkurung dalam hati. Diam tanpa kata. Rindunya sungguh tidak terkata.

Andai terluah, tidak habis satu malam.

Oja menggeliat. Segera Qaf menjarakkan diri. Takut-takut Oja terjaga. Kepergiaannya itu tidak perlu dihantar. Qaf tahu, yang menghantar cuma juraian air mata. Dan, Qaf tidak suka lihat Oja menangis.

Senyum terukir di bibir. Meja sebelah katil dipandang buat seketika. Berlabuh pada sebuah kotak berwarna biru gelap yang berada di atasnya.

Ah! Sirna harapannya hendak melihat reaksi dari si isteri. Terkubur lagi niatnya nak mengusik gadis itu dengan pemberian Qaf.

Qaf tayang sengih. Tubuh dibongkokkan. Kian mendekat, sehingga bibirnya menyentuh dahi licin Oja sambil mata terpejam rapat.

"Tidur lena, fiyyah. Abang pergi dulu,"

PAGI yang cerah dimulakan dengan menjemur kain di ampaian. Nak harapkan makcik Linda, kerja dalam rumah saja dia yang buat. Anan keluh. Belakang telapak tangan mengesat peluh di dahi.

Bakul kosong diangkat ke kaki lima. Tak kelam kabut kalau hujan nanti.

"Chin! Chin!" Makcik Linda menjerit dari arah dapur sambil memegang perutnya. Kibar bendera jepun lah jawabnya.

"Aduh, mana pula budak ni..."

Makcik Linda meringis kesakitan. Ubat tahan sakit sudah lama habis, tuala wanita juga sama.

"Chin!" jerit makcik Linda lagi.

Anan bergegas ke dapur apabila dia melihat Makcik Linda bersandar di kaki meja sambil mengurut perutnya.

"Kau dekat mana bila aku panggil? Sibuk menggatal dengan duda sebelah rumah tu ke?" sindir Makcik Linda. Bibir pucat herot sebelah.

Anan geleng laju. Dia membalas dengan bahasa isyarat.

Anan tak pergi ke mana-manapun. Anan pergi sidai kain dekat luar.

"Banyaklah alasan kau! Pergi belikan aku ubat tahan sakit, dengan pad sekali. Ambil duit rm20 dalam laci dekat meja sebelah katil aku." arah Makcik Linda.

Anan angguk laju. Dia membantu Makcik Linda duduk dan bergegas menuju ke bilik.

Anan beristighfar panjang sebaik dia membuka pintu luas-luas. Terdapat seorang lelaki lewat 40 an sedang tidur di atas katil tanpa mengenakan sebarang pakaian pada tubuh. Sekadar gebar tebal menutup tubuh lelaki berkulit gelap itu.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now