Pintu ditutup secara perlahan. DCP Harun kaku seketika melihat tubuh Dora sedang duduk di sisi katil Anan. Penuh harapan gadis bisu itu akan sedar daripada koma. Sejambak bunga yang diletak di atas meja turut menarik perhatian lelaki tua itu. Benarlah apa yang isterinya katakan. Dora sudah jatuh cinta. Mungkin, si pemilik tubuh tidak menyedari. Tapi mereka tahu. Jika mereka saling suka, tugas DCP Harun sebagai bapa ialah menentang keras dan akan menjauhkan mereka. Dia tidak mahu libatkan Anan. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu buat kali ketiga. Cukup!
Dia...
Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
DCP Harun tidak memandang wajah Dora. Sebaliknya bergerak ke arah tingkap yang ternganga separuh sebelum menjatuhkan pandangan ke luar bangunan hospital.
"Jauhkan diri dari anak aku." Intonasi suara diperlahankan, tetapi cukup memberi amaran kepada Dora.
Tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Harun menghela nafas berat. Dalam keterpaksaan, dia menuturkan perkataan yang sudah pasti tidak ingin di dengari oleh Dora sendiri.
Dora mengangkat kepala memandang ke arah DCP Harun yang sedikit pun tidak mahu menoleh ke belakang. Apatah lagi mahu memandang dia. Jijik sungguh. Dora tersenyum sinis. Manusia memang tidak reti mengenang budi, huh? Dia sanggup membahayakan nyawa sendiri demi menyelamatkan gadis bisu ini. Dan-dan ini yang dia dapat sebagai balasan?
Dia tidak pernah meminta ganjaran berupa wang ringgit. Tidak juga meminta dibelikan rumah, atau kereta baru. Dia tak pernah minta apa-apa sebagai balasan. Tapi ini yang dia dapat? Dia diarah untuk jauhkan diri dari gadis yang dia sayang? Cukuplah operasi scorpion yang menjanjikan kebebasan buat Dora. Dia tidak pernah mengharapkan lebih daripada itu.
Tetapi permintaan yang satu ini, dia susah nak tunaikan.
Wajah pucat Anan dipandang lama oleh Dora. Mungkin juga dia ialah punca kenapa penculikan itu boleh berlaku. Tekaannya salah. Hadief tidak pernah menyasarkan Dcp Harun. Kalau ada pun, tidak sampai menculik Anan.
Tiada sesiapa yang mengetahui kewujudan Anan sebelum ini kecuali dia dan Hadief.
Dan ya... Hadief menculik Anan kerana dia tahu kelemahan Dora ialah Anan.
"Kenapa?" Dora menyoal biarpun dia sudah tahu sebabnya.
Secara perlahan dia menapak ke arah DCP Harun dan berdiri di belakangnya.
"Nak saya jelaskan macam mana lagi supaya awak faham, Danial?" Dcp Harun tersenyum sinis. Dia sedikit pun tidak mahu memandang ke belakang.
Benarlah dia sungguh menjijikan. Dia sampah masyarakat. Tiada sesiapa yang pernah menyukai Dora. Cuma mereka yang mahu mempergunakan dia.
"Lepas apa yang aku buat?" soal Dora. Seakan tidak percaya.
"Semua ini takkan berlaku kalau awak yang tak dekatkan diri pada Anan." Dcp Harun masih berkeras.
"Kalau aku tak jumpa dia dulu. Dia takkan hidup. Kalau aku tak selamatkan dia. Dia akan mati. Kau arahkan aku untuk jauhkan diri dari Anan? Kau silap. Kali ni aku takkan berlembut." tegak dia berdiri tanpa mengambil peduli amaran DCP Harun.
Dia, Danial Yuhai. Tak pernah gentar, tak pernah terfikir nak berundur, tak cepat berputus asa sehingga dia berjuang hingga ke akhir nafas.
Ya, memang dia berada di dalam dunia yang dia sendiri belum temukan jalan keluar dan belum tentu ada jalan keluar. Tapi dia bukanlah seseorang yang mudah berputus asa.
"Awak dan Anan dari dua dunia yang berbeza, Nial. Tak mungkin akan bersatu. Saya tahu, saya tak ada hak nak tentukan. Tapi awak kena faham... setiap bapa mahukan yang terbaik buat anaknya. Demi kebaikan Anan. Tolong..."
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...