Bab 35

685 44 9
                                    

"Handsome nya abang tu. Dia single lagi tak?" soal Hanan kepada Ilyani.

Ilyani menjongket bahu. "Yang kau tanya aku apasal? Pergilah tanya mamat tu sendiri." jawab Ilyani acuh tak acuh.

Oja menjeling Hanan yang sedang leka memerhati Qaf melayan permintaan pembeli. Rata-rata pembeli terdiri dari golongan wanita, dan remaja perempuan. Mereka sanggup beratur panjang demi mendapatkan buah mangga yang dijual oleh Qaf. Mentang-mentanglah tukang jual ada rupa.

Oja melipat tangan di dada. Dia melirik ke arah Qaf di sebelah. Bukan main tersenyum sampai ke telinga.

Menyesal juga aku suruh dia ikut sekali.

Qaf tahu, Oja di sebelah berasa geram terhadapnya. Tetapi permintaan Nek Som, tidak boleh ditolak!

Dia dimarahi kerana memakai seluar tidur Nek Som.

"Dah tak ada seluar lain ke kau nak pakai? Kenapa seluar aku juga, Qaf Rayyan."

"Pergi balik rumah, tukar baju, tukar seluar dulu. Gaya kamu ni macam nak pergi tidur saja. Kita nak pergi jual buah, bukannya nak tidur siang hari." tekan Nek Som.

Qaf menggeleng kecil. Salahnya juga kerana membawa pakaian sedikit sahaja dari rumah Apak. Sekarang, dia perlu memakai pakaian yang dia pakai di rumah. Seluar track hitam, dan baju T hitam GGK.

Hanan membeli satu kilo mangga masak, dan sekilo mangga mentah. Bila tiba gilirannya untuk membayar. Hanan membuat muka comel, dengan suara sengaja dilembutkan ketika memanggil panggilan 'Abang'

"Abang!"

Kali kedua Hanan memanggil, Qaf buat tak endah saja. Dia tahu tingkah lakunya sedang diperhati oleh Oja.

Selesai menimbang, mangga yang dipilih oleh Hanan dimasukkan ke dalam beg plastik. Oja menghulur dua plastik mangga kepada Hanan.

"Nah, ambil. Pergi cepat. Orang lain pun nak bayar juga, bukan kau seorang saja."

Hanan menjeling. "Suka hati aku la nak duduk lama-lama kat sini. Kan, abang?" Hanan mengenyit mata ke arah Qaf ketika dia mengangkat kepalanya menghadap Hanan.

Qaf mengangguk janggal. Muncung topi diturunkan sedikit bila dia rasakan suasana mula berubah.

Oja berdehem."Jangan nak gatal sangat, erk. Awak panggil dia abang, saya tak kisah. Tapi awak kenyit mata, tergedik-gedik nak dekat dia, saya tak boleh duduk diam." ujar Oja sambil menyinsing lengan baju.

"Kenapa pula? Abang yang hensem ni bukannya siapa-siapa bagi awak. Betul tak?" Sekali lagi Hanan mengenyit mata. Tetapi Qaf tidak ambil peduli.

"Bukan siapa-siapa bagi saya, ya? Kalau yang ini?" Oja menunjuk jemari yang tersarung cincin perkahwinan mereka.

"Cincin palsu!" balas Hanan. Lalu berlalu pergi meninggalkan gerai.

Oja kemam bawah bibir. Kurang asam betul! Cincin yang Hanan katakan palsu jugalah, cincin yang setiap wanita impikan.

"Fiyyah." panggil Qaf.

Oja buat-buat tidak dengar. Dia malas mahu peduli. Hatinya panas!

Kemudian, Qaf senyum kecil. Fiyyah cemburu. Dia cemburu melihat Hanan cuba mendekatinya.

'Macam mana aku nak pujuk ni?' monolog Qaf. Dia menggaru belakang leher sambil memandang ke arah Oja. Tengok! Oja cuba mengelak dari bertembung mata dengannya. Confirm! Balik rumah, tidur di luar.


Sebenarnya susah bagi Puan Sofia untuk mengakui bahawa blouse putih yang dijahit sendiri oleh Oja terlihat cantik bila dia pakai. Penampilannya pada malam itu ditilik di hadapan cermin. Ringkas tetapi kemas. Bunga-bunga kecil yang disulam sendiri oleh Oja menambah lagi keserian pada si pemakai. Dipadankan pula dengan lilitan dari tudung bawal berwarna soft pink. Memang nampak cantik sangat bila Puan Sofia yang pakai.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now