KEPULAN awan putih terlukis indah di dada langit dan ditemani mentari kekuningan seperti telur mata separuh masak. Ayam jantan bernama Rambo memulakan tugas harian dengan kokokan bingit. Turut tidak ketinggalan, burung-burung pipit yang hinggap di atas dahan bersiul-siul menanda hari sudah pagi.
Bau daun kering yang dibakar dari laman belakang rumah, menerjah masuk ke lubang hidung Nek Bedah. Ini mesti kerja cucu kesayangannya itu. Sudah di beritahu berkali-kali, jangan berbuat apa-apa ketika telapak kakinya itu belum sembuh. Oja mana mahu dengar. Dia tak betah duduk diam di rumah.
Karipap berinti bihun yang telah siap digoreng, disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas segi empat. Tahu benar kawan baiknya itu suka memakan kuih karipap buatan Nek Bedah. Karipap berinti bihun dan di cicah bersama kuah lada.
Kalau di Sabah, karipap berinti bihun itu dikenali dengan nama Pastil. Dari mana dia tahu? Dari rancangan masak-masak yang disiarkan di saluran Tv Okey. Saluran tv yang memaparkan rancangan dari negeri dibawah bayu. Rupanya saling tak tumpah dengan karipap, tetapi isinya bukan kentang, ubi, atau ayam, tetapi padat dengan bihun.
Rangup di luar dan hancur di dalam mulut. Di cicah bersama kuah lada, kopi pahit atau teh panas lengkapi rasanya.
Bukan karipap berinti bihun saja yang Nek Bedah pandai buat. Sekali kuih tradisional dia tapau!
Bekas segi empat diisi ke dalam plastik. Awal pagi menjamah Pastil, enak juga. Fikir Nek Bedah.
"Oja! Oja! Wahai Seroja binti Ramli. Kenapa aku panggil ini tak pandai nak menyahut? Sudah pekak agaknya. Haih... singgah lagi aku ke kedai si Muthu beli putik kapas." keluh Nek Bedah.
Tangga dituruni dengan perlahan. Laman belakang rumah dituju.
"Oja! Seroja! Kau ini... aku panggil banyak kali, tak pandai pula nak menyahut."
Oja tayang sengih. Radio dimatikan.
"Oja tengah dengar radio sambil bersihkan halaman rumah, nek."
"Bateri itu dah tukar ke? Kalau tidak, balik saja dari rumah si Som, aku singgah ke kedai si Muthu beli bateri. Kenapa tak dengar dari telefon saja? Tak silap aku... nama aplikasi tu... YouTube! Ha... YouTube. " Laju benar Nek Bedah mengingati.
"Telefon Oja dah tak sokong. Kalau ya, perlu dikemas kini. Lagipun kalau nak dengar radio, fon telinga Oja dah lama rosak. Nak beli baru? Mahal sangat." Jujur Oja berkata.
Nek Bedah angguk saja. "Yalah. Aku nak pergi ke rumah Som dulu. Lepas dah siap, jangan pergi ke mana-mana. Orang sakit sepatutnya berehat." pesan Nek Bedah lagi. Harap Oja dengar lah pesannya itu.
Oja angguk. "Baik, nek. Jangan lupa kirim salam kat Jupi."
Nek Bedah menjeling geram. Ingat pula dia kat kucing ekor pendek itu.
"Si Jupi tu mana pandai nak jawab salam."
"Pandai, nek. Jupri jawab Meow..." Laju saja Oja membalas.
"Yalah-yalah. Aku pergi dulu."
"Bang, sejak kebelakangan ini saya rasa tak sedap hati lah." beritahu Puan Sofia. Tuan Yusuf hanya mengangguk. Khusyuk benar membaca surat khabar bahagian sukan.
"Abang!" Lengan Tuan Yusuf digoncang, cuba menarik perhatian suaminya itu.
"Ya, ada apa Sofiazah?" Tuan Yusuf melipat surat khabar dan memberi perhatian penuh pada Puan Sofia. Wajah cerah itu ditenung geram.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...