"AKU akan pergi. Dan takkan kembali lagi."
TOYOTA vios yang dipandu dengan kelajuan sederhana membawa Luqman menelusuri jalan sehala tanpa sebarang gangguan. Gelap malam meneman jiwa sepi yang selalu berperang dengan diri sendiri. Cermin sengaja diturunkan, membiar angin yang berpuput dingin masuk ke dalam kereta. Dari jauh, terdapat sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang diparkir di tepi jalan. Sementara si penunggangnya pula sedang bersandar pada motor sambil menanti ketibaan Luqman.
"Pandai kau pilih tempat." Luqman buka bicara. Lebih tepat, dia sedang memerli.
Dora tersenyum tipis. Dia tidak terlalu bodoh nak berjumpa dengan polis ditempat yang terbuka.
"Selalu kat kedai makan, kali ni beza sikitlah." jawab Dora bersahaja. Kedua tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Tiba-tiba terasa dingin pula biarpun dia memakai jaket.
"Banyak cakap. Kau dah buat apa yang ketua arahkan?"
Dora jeda seketika sebelum dia tergelak tipis. Luqman yang mendengar, agak terkejut. Tetapi riak wajah kekal sama. Luqman tanpa biasan emosi membalas pandangan Dora.
"Aku takkan panggil kau ke sini, kalau aku tak dapat inform, Man." balas Dora.
"Haih... kalau cover kita burn, aku tak dapat bawa balik adik aku. Dan kau takkan dapat balas dendam kau. Jadi... suka atau tidak. Kau kena ikut cakap aku." tegas Luqman berkata.
"Aku tak terima arahan dari sesiapa. Dan aku bertindak atas kemahuan aku. Pertama sekali, kita kena singkirkan Hadief sebelum kau ambil langkah seterusnya." beritahu Dora.
Mereka tidak boleh memandang rendah terhadap kebolehan Hadief. Jika dibiarkan, semakin menjadi-jadi. Paling menakutkan, jika ia disampaikan kepada Jack. Sekarang pun, Hadief mengesyaki Dora bekerja untuk polis. Tetapi disebabkan dia belum mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa lelaki itu adalah pengkhianat dalam kalangan mereka. Hadief lebih memilih untuk berdiam diri. Tetapi, tidak bermakna dia sudah berhenti mencari tahu. Dora kenal siapa Hadief. Dia tidak mudah berputus asa. Selagi dia belum berpuas hati dengan jawapan yang dia temukan, selagi itulah dia tidak akan berhenti mencari tahu.
"Masalah besar, huh?" sindir Luqman.
"Tolak tepi masalah tu. Aku dah fikirkan cara nak singkirkan Hadief, tanpa membunuh." ulas Dora.
Luqman senyum sinis. Tanpa membunuh?
"Tangan kau tu suci sangat ke sampaikan kau cakap tanpa bunuh orang? Sampai sekarang aku masih tak percaya kau tak pernah bunuh orang. Mustahil la... orang macam kau tak pernah main darah kotor. Betul tak?" Luqman sengaja mengapi-apikan.
Dora menjeling. Dia maju beberapa tapak sebelum menghala jari telunjuk ke muka Luqman.
"Kalau..."
"...Kalau bukan aku. Kau takkan dapat jumpa dengan adik kau, Man. Kau takkan dapat bawa dia balik. Jadi..."
Belum sempat Dora menghabiskan percakapannya. Luqman menghadiahkan satu tumbukan ke pipi Dora yang dia tahan sejak tadi. Dora terduduk di atas jalan sambil tergelak seperti orang gila. Sememangnya dia hidup hanya untuk dipergunakan oleh orang lain.
Luqman menyambar kolar baju Dora. Ditarik dengan kuat sehingga Dora terpaksa bangkit.
"Kau jangan sebut fasal adik aku dengan mulut kotor kau tu. Kau jangan berani, eh?" tegas Luqman.
"Relaks. Aku takkan sebut lagi dah. Aku cuma nak cakap, fasal Hadief?" Dora kembali menyoal. Luqman melepas kolar baju Dora.
Merah menyala muka Dora menahan marah. Kalau ikutkan emosi, dia mampu balas lebih daripada itu. Tetapi dia tahu, Luqman jadi begitu bila buka topik mengenai adik perempuannya. Kalau dia berada ditempat Luqman, dia akan terus-terus menyalahkan diri sendiri, dan berasa gagal melindunginya.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...