Bab 23

662 37 55
                                    

SEMPORNA, SABAH.




Riuh rendah suasana di pasar ikan dengan kehadiran pembeli yang datang berkunjung ke pasar itu. Ikan-ikan segar disajikan dengan harga yang lumayan. Penjual bermulut manis, dan pembeli yang bijak menawar harga.

Turut tidak ketinggalan seperti makanan laut yang wajib dibeli oleh penduduk daerah Semporna.

Anggur laut. Atau lebih dikenali dengan nama Latok. Sejenis makanan laut yang dicicah bersama kuah limau dan lada. Lebih menyelerakan apabila digabungkan bersama ikan bakar, dan tompek. Ubi parut yang dibuang airnya lalu digoreng dengan sedikit minyak. Bila warna sudah bertukar kekuningan, barulah tompek siap untuk dimakan.

Selain anggur laut, daerah Semporna juga terkenal dengan rumpai laut. Rumpai yang memiliki khasiat tersendiri dan baik untuk kesihatan luar dalam.

"Istak! Istak! Magbi kamu istak!"

Ikan-ikan, beli kamu ikan.

Qaf tergelak kecil mendengar bahasa Suluk yang dituturkan oleh seorang budak lelaki berusia 14 tahun.

Rata-rata penduduk Semporna berbangsa Bajau dan Suluk. Mereka fasih berbahasa Melayu, walaupun masih pekat di lidah.

"Chai, tolong tengok dulu bah. Saya mahu pergi tandas." beritahu Uncle Hamid.

Dia lebih selesa memanggil Qaf dengan panggilan 'Ah Chai' berbanding nama sebenarnya. Berbelit lidah nak menyebut.

"Baik, uncle." Qaf angguk faham.

"Eii, kalau ada mandak-mandak cantik lalu depan gerai, jangan masamkan muka. Enda baik! Nanti lari durang." pesan orang tua itu sebelum menarik seluar yang hampir terlondeh.

Qaf angguk buat kali kedua. Agak kekok apabila dia perlu menyamar sebagai penjual ikan.

Datang seorang pembeli, dia bertanya harga ikan kepada Qaf dalam bahasa Bajau. Sedangkan sudah jelas di depannya itu terdapat kertas harga yang bernilai rm8 sekilo.

Qaf diam. Pembeli itu bertanyakan soalan yang sama kepada Qaf.

Qaf tayang muka beku dan dingin. Dia tidak dapat mencerna apa yang dituturkan olehnya.

"Ya?" Qaf beranikan diri menyoal.

"Eii, saya tanya harga ikan. Dibuat tidak dengar pula."

Jelingan tajam diterima oleh Qaf sebelum wanita itu melangkah pergi. Qaf mengecil mata. Dia ingat baik-baik muka wanita tua itu.

Tak kena dengan kedut kat muka!

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Masih menanti pembeli seterusnya. Ditoleh sekilas ke gerai di sebelah. Ramainya... Qaf tak dapat nak kira. Beratur panjang nak membayar.

Qaf bangun. Baru hari pertama dia bekerja sebagai penjual ikan. Takkan sudah berputus asa?

Kepala ditoleh ke tempat yang sama apabila jeritan seorang wanita menyapa koklea. Gelang emas miliknya direnggut kasar oleh pencuri berkaki panjang dan sempat dilihat Qaf.

Wanita itu lagi... padan muka. Sempat Qaf kutuk.

"Haziq, jaga jap." arahnya sambil menepuk bahu Haziq. Anak saudara kepada Uncle Hamid.

Haziq yang tidak tahu menahu sekadar menghantar pemandangan ke arah Qaf.

Bukan mahu berlagak hero, secara automatik tubuhnya bergerak sendiri mengejari si pencuri.

Szup...

Berdesup kaki panjang ditengah jalan. Tubuh manusia dielak berhati-hati, sambil mulut terkumat-kamit mengucap kata maaf. Si pencuri di hadapan, cuma mengalihkan perhatian dengan berlari tak tentu arah. Qaf kejar dengan tenang.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now