Bab 42

525 26 6
                                    

"AKU tak nak libatkan sesiapa pun dalam hal ni. Jadi..." Dora berhenti di hujung kata. Dia menolak telefon bimbit di atas meja ke arah DCP Harun.

"Lindungi perempuan tu." sambungnya sesudah itu.

DCP Harun melihat gambar seorang gadis yang terpapar pada skrin telefon bimbit Dora. Dia tersenyum tipis.

"Girlfriend ke?" soalnya pula. Telefon ditolak semula kepada pemilik.

Dora mematikan telefon sebelum mencuit hidung sendiri.

"Kau rasa?"

DCP Harun gelak kecil. Zaman anak muda. Masa dulu, dia pun pernah melaluinya juga.

"Kalau macam tu, aku tak boleh nak tolak." putus DCP Harun.

Dora menghembus nafas lega. Riak muka lelaki itu jelas menunjukkan bahawa gadis yang perlu dilindungi oleh DCP Harun ialah seseorang yang amat berharga bagi dirinya.

"Jangan risau, aku akan jaga dia macam aku jaga anak aku sendiri. Walaupun..." DCP Harun menggaru keningnya sebelum dia mengeluh perlahan.

"Aku tak pernah ada anak."

"Sebab apa? Kau tak kahwin lagi ke?" Dora berminat untuk tahu.

"Eh, bukan. Kau jangan pandang aku sebelah mata saja, Nial. Aku dah lama kahwin." Laju DCP Harun menjawab.

"Dulu, aku ada anak perempuan. Cantik nama dia... Zarith Anan. Kau pun tahu kerja aku, dan kerja Fatimah macam mana. Jadi aku putuskan untuk ambil pengasuh, jaga Zarith. Tapi tak sangka pula..."

"Dia bawa lari anak kau?" Dora memangkas.

"Betul. Macam mana kau tahu?" DCP Harun tertanya. Dia belum habis bercerita, tetapi Dora sudah tahu.

Dora tergelak hambar. "Aku tekalah. So sampai sekaranglah kau tak jumpa dengan anak kau?"

DCP Harun mengangguk saja. "Aku masih tak berputus asa cari dia, Danial. Kalau dia hidup, dah besar sekarang. Tak silap aku... dia hampir sebaya dengan kau."

"Baguslah. Teruskan pencarian kau." Dora senyum kecil. Dia menepuk bahu DCP Harun lalu bangun dari tempat duduk. Topi besbol dirapikan.

"Ingat. Jaga perempuan tu baik-baik. She's my only treasure. Lagi pun perempuan tu tak boleh bercakap." pesan Dora lagi.

DCP Harun seperti biasa. Hanya mengangguk sebagai balasan.






Kita nak ke mana?

Soalan yang dilontar oleh Anan dibiarkan sepi tanpa balasan dari Dora. Tahulah dia nanti.

Tuan?

Anan menyoal lagi. Dora menoleh ke kiri. Gadis itu masih setia memandangnya, masih menanti jawapan dari Dora. Tetapi Dora kekal berdiam diri. Fokus ke pemanduan.

Kalau dia cakap dia akan bawa Anan berjumpa dengan Ibunya, makin banyak tanya pula dia nanti.

Buat masa sekarang, Dora lebih pilih untuk diamkan diri. Dan tidak jawab soalan dari Anan.

Lagi pun dia tidak boleh mengurung gadis itu di dalam rumah selamanya. Anan punya mimpi. Punya impian yang hendak dikecapi. Masa depan gadis itu lebih cerah, berbanding dia. Jadi tiada guna dia nak menghalang. Suatu hari nanti, pasti gadis itu akan terbang tinggi dan melebarkan sayapnya.

Tidak seperti dia.

Dan dia tahu, DCP Harun serta Puan Fatimah menanti kehadiran Anan di rumah mereka.






𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now