Bab 24

616 47 48
                                    

BARU seminggu dia meninggalkan rumah, kerinduannya kian menebal di hati. Bukan dia rindu pada rumah, tetapi rindu pada pujaan hati. Qaf lempar pandangan ke langit gelap.

Berjuta bintang sedang menari seolah cuba menghiburkan hati yang dilanda sepi. Qaf lepas keluhan. Rindunya terlalu berat. Berat untuk ditanggung.

Kalau dulu, dia tak kisah berpisah lama-lama. Tetapi, bila sudah berpunya. Berat hati hendak melangkah pergi.

Bertambah-tambah apabila dia tidak dibenarkan bertanya khabar kerana takut kedudukan mereka terdedah kepada musuh.

Rindu.

Di langit, terukir indah dua baris nama yang berjaya menakluki seluruh hati Qaf Rayyan.

Namanya... terlalu indah bagi Qaf.

"Fiyyah, abang rindu."





LEBAM di tepi bibir disapu ubat. Oja mengadu kesakitan. Terasa pedih, dan sakit bila disentuh. Silap sendiri kerana terlambat sedikit pulang ke rumah selepas membeli minuman coklat di pasar raya. Sudahnya, Oja menerima penampar sulung buat kali kedua.

Kali pertama, semasa dia menggosok baju.

Terlayar di minda bait bicara yang menghapus senyum ceria dari bibirnya. Terganti dengan mendung gelap yang menumpahkan manik-manik air mata di pipi.

Kedatangan Aunty Alana ke rumah Puan Sofia, disambut dengan mesra. Punggung dilabuhkan sebelum mereka saling berpelukan, dan berlaga pipi. Sudah lama tidak bertemu. Kali terakhir pun, enam bulan lepas.

"Tunggu kejap tau, saya pergi buat air." beritahu Puan Sofia.

Aunty Alana mengangguk saja. Dibiarkan wanita separuh abad itu melangkah ke dapur.

Tidak sampai beberapa minit, Puan Sofia muncul sambil menatang dua gelas air anggur.

"Eh, cepatnya? Kata nak buat air." Aunty Alana kerutkan kening. Usikan tadi berbalas dengan senyum.

"Macam tak biasa, bibik tolong buatkan." jawab Puan Sofia. Tenang. Lalu mengambil tempat berhadapan Aunty Alana.

"Kak Anis?"

"Eh, taklah. Orang baru." tambahnya lagi.

Aunty Alana mengangguk. "Sedap juga airnya."

"Sedap, kan? Seroja!" seru Puan Sofia.

Kek coklat yang telah siap dipotong dibawa ke ruang tamu. Terketar ketir jarinya memegang piring berisi potongan kek. Selendang hitam yang diselempang, menutup separuh wajah dari terdedah. Oja tunduk ketika meletakkan dua piring kek di atas meja.

"Seroja? Cantiknya nama kamu," puji Aunty Alana. Jarang-jarang dia dengar nama Seroja.

Oja mengangguk saja. Dia kekal tunduk. Tanpa sedar, riak muka Puan Sofia berubah tegang.

Dijeling saja menantunya itu sebelum beralih pada Aunty Alana.

"Tak guna nama cantik, tapi perangai buruk." sindir Puan Sofia.

"Ka... kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Cepat-cepat Oja meminta diri. Dia tak kuat dengar dirinya diburukkan di hadapan orang lain.

"Eh, siapa cakap kau boleh pergi macam tu saja?"

Terhenti langkah yang ingin diambil. Perlahan, Oja pusingkan tubuh menghadap Puan Sofia dan Aunty Alana.

Aunty Alana lemparkan senyum ketika mata mereka sempat bertembung. Kalaulah dia ada anak, sudah lama dijodohkan dengan gadis ini. Harapkan anak saudaranya pula, dia sibuk bermain senjata. Jiwa dan hatinya sudah terisi dengan 69 komando. Mustahil, dia punya masa untuk bercinta.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now