Bab 31

436 43 17
                                    


"Seroja Ainul,"

Mak Anis berat hati hendak melepaskan Oja pergi. Sudahlah malam, hujan lebat pula di luar. Mana taknya dia risau jika terjadi sesuatu terhadap Oja. Kasihan. Gadis sebatang kara ini dibiarkan hidup tanpa kasih sayang.

Tetapi Oja tetap tekad. Dia tekad keluar dari rumah. Dia cuma perlukan masa untuk tenangkan fikiran. Mungkin benar apa yang Qarmella katakan, dia tidak layak jadi menantu dalam keluarga itu. Dia tidak layak mendapat gelaran menantu kesayangan Mama, yang terasa jauh sekali untuk digapai.

Oja berhenti menyusun baju. Baju terakhir yang sepatutnya dimasukkan ke dalam beg tetapi ditahan oleh Mak Anis.

"Oja, kau dah fikir masak-masak ke sebelum keluar dari rumah ni? Tuan Yan tahu kau nak pulang ke kampung?" Mak Anis bimbang jika kepergian itu tidak diketahui oleh Qaf.

Oja geleng. Qaf tidak tahu kepergian itu. Ya, lebih baik dia tidak tahu.

"Seroja..." Mak Anis cuba memujuk.

Jika dia bertindak mengikut emosi, yang dia dapat hanyalah penyesalan di kemudian hari.

Tetapi Oja bulat hati. Dia juga manusia. Yang punya hati dan perasaan. Sampai bila dia harus menelan cacian dan hinaan yang sudah dianggap sebagai makanan sehari-hari?

Tuhan... kesabarannya juga mempunyai batas.

Dia bukanlah boneka, atau seketul batu.

Jujur, dia bahagia bersama Qaf. Dia sayangkan Qaf. Malah, dia selalu membayangkan detik-detik tua mereka bersama.

Tetapi untuk menggapai, terasa tidak sampai.

Tahu, dia dibesarkan tanpa orang tua. Zaman kecil Oja tak indah macam orang lain. Ketika rakan sebaya sibuk mengejar impian, yang Oja fikirkan apa hendak di makan untuk keesokan hari.

Tenangnya diragut. Mungkin tak pernah kembali. Jiwanya kacau bilau. Dada dihimpit perasaan sedih tidak terkata. Dia, tidak pernah diajar untuk kurang ajar. Tetapi dia tidak diajar berdiam diri ketika dihina.

Oja kesat air mata. Dia perlu kuat. Sebelum ini, dia diuji dengan kehilangan kedua orang tua dan Nek Bedah. Kali ini pula, dia diuji dalam rumah tangga. Sungguh... Allah sayangkan dia. Benarlah, Allah akan uji apa yang kita sayang.

"Saya tak pergi lama, saya pergi kejap saja." akui Oja. Harap-harap pengakuannya itu dapat tenangkan Mak Anis.

"Berapa lama? Kau tinggal dengan siapa kat sana?" Mak Anis keluh dihujung kata.

Oja, sudah dianggap seperti anak sendiri. Melihat Oja dilanda masalah rumah tangga, dia juga susah hati. Benar, dia tak punya hak untuk masuk campur. Tetapi dia dapat memberi nasihat dan menyediakan tempat buat bercerita.

"Saya tinggal dengan Nek Som. Kawan baik arwah Nenek saya,"

Mak Anis pandang lama wajah cerah Oja. Wajah cerah kemerahan bak buah tomato masak. Jemari Oja digenggam erat oleh Mak Anis sebelum ditarik ke dalam pelukan.

"Menangislah, Seroja. Menangislah. Kalau dengan cara itu kau kembali kuat, menangislah sebanyak mana yang kau mahu. Tetapi ingat... menangis bukan sebab kau lemah. Menangis sebab kau manusia yang ada hati dan perasaan," Mak Anis menepuk-nepuk belakang tubuh Oja.

Air matanya membanjiri baju yang dipakai Mak Anis. Tetapi dia tidak kisah. Gadis itu perlu lepaskan rasa sedih yang tersimpan. Jika tidak dilepaskan, takut jadi luka parah.

Oja senyum lagi. Tetapi kali itu, senyumnya bukan secara paksa. Senyum itu hadir dari hati yang terluka.

"Saya minta diri dulu, mak cik Anis. Terima kasih sebab sudi pinjamkan bahu mak cik. Maafkan saya, andai tersilap kata atau terkasar bahasa sebelum ini." Ucapan itu buatkan Mak Anis diam tanpa kata.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now