Bab 38

517 33 8
                                    






"KAU tahu dia siapa?"

Beberapa keping gambar seorang lelaki dicampak ke atas meja bulat. Dai loh merenung tepat ke arah Dora yang masih setia berdiri.

"Duduklah. Aku pula yang penat tengok kau berdiri," Dai Lo pamerkan senyuman palsu di wajahnya. Tetapi dia tahu, senyuman itu setakat mengaburi keadaan.

Dora menurunkan kaca mata ke paras hidung. Kening kiri terjongket sebelah. Dia macam pernah nampak sebelum ini, tetapi di mana?

Dora melabuhkan punggung di tempat duduk, berhadapan Dai lo. Sekeping gambar diambil lalu ditatap lama olehnya.

Memang dia pernah nampak sebelum ini...

Ting!

Dora mengusap dagunya. Tidak salah lagi...

Lelaki ini ialah drug dealer yang pernah dia jumpa di Macau pada empat tahun lepas. Banyak yang sudah berubah, tetapi parut berbentuk X di tepi bibirnya masih sama.

"Feng Cao. Apa dia buat kat sini?" soal Dora.

"Dia datang cari barang baru la." sampuk Yao Wei Loi dari arah belakang.

"Lai,duduk sini," Jack menepuk ribanya. Tawa yang terbit dari bibir tua itu, menayang dua batang gigi emas pada Wei Lo.

"Malu sikitlah. Depan Danial tu." Hao mahupun Wei Loi, adik tiri kepada Jack, menggeleng kepala.

Tidak banyak yang berubah. Cuma warna kulit Feng Cao sahaja semakin cerah berbanding sebelum ini.

"Wau! Cao putih sangatlah. Whitening Drip ke? Kalau dulu, masa malam, aku tak nampak. Gelap!" tambah Hao lagi. Seronok mengutuk drug dealer yang akan mengatur perjumpaan buat kali kedua.

"Jaga mulut kau, Loi. Cao dah banyak berubah. Yang pegang dia sekarang, Datuk Sufian. Kau pun tahu pengaruh Datuk Sufian macam mana. Aku sendiri... susah nak cakap." Jack luahkan kerisauan.

Sebagai seorang pembekal dadah. Dia berasa amat bimbang jika perancangan yang telah diatur dengan teliti, dipatahkan begitu sahaja oleh pihak berkuasa.

Jika berhasil, wang tunai sebanyak satu juta akan menjadi milik mereka. Jika tidak, kedua-dua pihak akan mengalami kerugian besar.

"Bila tarikh perjumpaan tu?" Dora membuka kaca mata, dan mengelap kantanya menggunakan ibu jari.

"Esok malam. Pukul lapan setengah." jawab Jack. Resah memikirkan risiko yang perlu mereka hadapi nanti.

"Kalau dapat? Makan besar, tak?" Hao mencelah.

Jack merengus kegeraman. Orang tua ini, bila sudah mabuk, tahu bercakap sembarang sahaja. Bukan tahu menyedapkan hati ketuanya.

Kolar baju Hao ditarik, seplastik kecil bungkusan dadah jenis kokain diambil dari atas meja lalu disumbat ke dalam mulut Hao.

"Ah-ya, kau tak payah bising. Biar aku buat kerja aku! Sek sei ah!" herdik Jack sebelum dia melepaskan cengkaman pada kolar baju Hao.

Hao menggeleng kecil sambil menyentuh lehernya.

"Sorry, bos!"

Jack memandang semula ke arah Dora. Dora angkat kepala bila dia terasa dirinya sedang diperhatikan. Dari cara Jack melempar pandangan, Dora sukar untuk tafsirkan. Kemudian, bebola mata orang tua itu bergerak pula pada bungkusan kokain di atas meja. Dia mengeluh.

"Jangan... jangan jadi macam aku." luah Jack. Jauh di sudut hatinya, dia menyesal kerana libatkan anak Su Lin ke dalam dunia kotor. Kalau Su Lin hidup, sudah tentu dia yang akan dipersalahkan.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now