BEBERAPA ikat duit dimasukkan ke dalam sebuah peti besi sebelum dikunci dan disimpan bawah katil. Dora mengeluh. Selama dia menjadi ahli kongsi gelap, dia tidak pernah membelanjakan wang yang diberi oleh Jack. Dia bergantung pada cafe yang dia usahakan sendiri.
Gambar mendiang Su Lin yang berada di atas meja sebelah katil dipandang lama oleh Dora. Sudah lama dia tidak membakar colok buat mendiang ibunya. Mungkin, kali ini dia akan bakar sebelum memulakan operasi scorpion.
"Ma... kejap lagi Nial datang." Tersungging senyuman di bibir merah jambu Dora mendengarkan kata-katanya sendiri.
Dia memang hidup hanya untuk dipergunakan oleh orang lain.
JAM di pergelangan tangan Qaf dikerling sebentar. Kata Zafrul, pukul sepuluh dia akan datang. Sekarang sudah menginjak ke pukul satu tengah hari. Batang hidung yang mancung itupun dia belum lihat.
Qaf mengeluh kecil. Air yang dia pesan, sudah tak sejuk dan tinggal separuh gelas. Bila dia telefon, tak diangkat pula. Nak tunggu berapa lama lagi? Nak tunggu hingga airnya habis baru Zafrul akan datang? Janji melayu betul.
Qaf rimas sendiri. Kalau dia tahu Zafrul datang lambat, dah lama ajak isteri datang sekali. Tapi, Mama mana mahu berpisah dengan buah hati Qaf.
Oja pula bertambah suka bila Mama ajar buat kek. Bila Qaf masuk ke dapur dengan niat nak mengusik, Mama pula yang hadiahkan pulasan ditelinga Qaf.
Dia sudah masuk ke angka 27 pada tahun ini, Mama masih menganggap Qaf seperti anak kecil.
Qaf senyum tipis. Bahagia itu terasa indah bila melihat insan yang tersayang gembira. Senang hati Qaf melihat Mama sudah berlembut hati. Doanya dimakbulkan. Tak lambat, tak cepat, tetapi tepat pada masanya.
Taklah dia risau sangat kalau dia dipanggil bertugas selama berbulan di hutan. Mama tak sunyi. Isterinya juga tak sunyi. Mereka saling berteman. Tapi alangkah lebih seronok jika Mama dapat menggendong cucu baru, dan sang isteri bergelar sebagai Ibu.
Qaf tersengih lagi. Angannya terlalu jauh. Dia tahu Oja mahukan, dan dia pun sama. Tetapi dia tidak mahu meletakkan Oja dalam risiko ketika rawatan kemoterapi. Dia takut kandungannya akan terjejas semasa rawatan nanti, dan menyebabkan Oja tidak mahu dirawat. Qaf tidak sanggup.
Lebih baik dia tahan keinginan itu berbanding harus kehilangan pujaan hati.
"May i sit here?" tegur satu suara.
Qaf tersedar. Dia mengangkat kepala ke hadapan. Tepat ke arah seorang wanita berambut panjang yang mahu menarik kerusi untuk berlabuh.
"No, you can't." Laju Qaf menolak.
"I tak terima." Armel menggeleng perlahan.
Qaf pandang wajah Armel. Wanita yang dia pernah temui di kedai kek suatu ketika dulu. Apa yang dia mahukan dari aku?
"Tak ada tempat lain ke nak duduk? Tempat tu orang punya." balas Qaf dingin sambil menyedut minuman. Zafrul punya fasal.
"Tapi I tak nampak pun. So, this place is mine." jawab Armel. Yakin sungguh dia kerusi yang dia duduki itu, tidak bertuan.
"Hanya disebabkan kau tak nampak. Kau boleh terus duduk macam itu saja? Macam mana kalau... tempat yang kau tengah duduk itu isteri aku yang punya?"
Armel membatu. Bawah bibir diketap rapat. Bijak lelaki ini mengumpan dia.
"Wife? Are you married? With who?" Sengaja Armel bertanya.
"It's none of your business. Tak nak pindah tempat lain ke?" Lagi dan lagi Qaf cuba menghalau wanita ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/362911930-288-k575924.jpg)
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...