Kesunyian dalam rumah kian dirasai setelah kepergian Qarmella pada dua hari yang lepas. Ibu bapa kepada gadis itu, meminta agar Qarmella pulang semula ke rumah setelah mereka selesai mengerjakan ibadah haji.
Mella menurut sahaja, memandangkan pujaan hatinya sudah lama tidak pulang ke rumah.
Puan Sofia mengeluh panjang. Dari tadi, siaran tv asyik bertukar-tukar. Satupun tidak menarik perhatiannya. Tuan Yusuf pula, sibuk bermain golf bersama rakan sejawatan dulu.
Bila Puan Sofia mengutarakan niat hendak mengikut Tuan Yusuf. Dia pula yang menolak. Katanya, dia bimbang jika Puan Sofia tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Yalah, dia tahu. Puan Sofia bukan suka sangat dengan sukan.
Diajak bermain badminton sahaja dia berfikir lama. Apatah lagi kalau diajak bermain golf?
Puan Sofia mematikan peti televisyen setelah satu panggilan memasuki telefonnya. Sepantas kilat, dia bangun dari pembaringan dan mencapai telefon di atas meja.
Terlepas keluhan kecil bila nama pemanggil bukanlah orang yang dinantikan oleh Puan Sofia.
Hari ini, sudah lima hari Qaf tidak menghubungi Mama. Nak kata merajuk, mungkin juga? Kalau dulu, tak pernah dia berbuat seperti itu terhadap Mama. Tetapi selepas mengenali Seroja, semuanya telah berubah.
"Ya, Alana?" Puan Sofia bersuara setelah dia menyahut panggilan itu.
"Eh, Sofia. Kenapa suara awak nampak macam tak ada semangat ini? What happend to you?" Datin Alana melupakan sebentar niatnya hendak mengajak Puan Sofia ke perjumpaan kelas mereka.
"Tak adalah. Ni hah... I bosan. Yusuf tak ajak I keluar," beritahu Puan Sofia. Bibirnya mencebik, sambil jemari memintal hujung baju.
"Ya Allah. Yusuf ni pun satu, kenapa tinggalkan bini dia sendiri kat rumah? Raykal dengan Ikha takde sekali ke?" soalnya lagi.
"Haih... dari suami aku, anak aku, dan menantu aku. Dia orang semua sibuk, Ana. Tak ada sesiapa yang temankan aku kat rumah." adu Puan Sofia.
"Sampai macam itu sekali, ya? Suruh la Yan kahwin cepat-cepat. Hadiahkan cucu buat kau. Kal dengan Ikha pun lambat lagi, kan? Tak salah rasanya kalau Yan go terus," cadang Datin Alana.
Apa yang dituturkan oleh kawan baiknya itu menerima hembusan nafas berat dari Puan Sofia. Dia tidak suka dengan kehadiran Oja, mustahil dia akan suka kalau dia mengandungkan anak kepada Qaf. Tidak!
Itu adalah mimpi terburuk bagi Puan Sofia.
"Kau cakap senanglah. Asal tak suruh budak hutan tu yang bagi kau cucu? Kenapa nak suruh anak aku pula?" Puan Sofia memutarkan bola panas semula ke pemiliknya.
Datin Alana sudah tergelak. Mustahil Luqman mahu berkahwin jika dia mengutarakan keinginan nak hidup bercucu. Macam dia tidak tahu, hidup dan mati Luqman dipersembahkan pada negara.
Dan, Luqman. Seorang lelaki yang berpegang setia pada kata-katanya.
Dia mempunyai matlamat tersendiri. Dia punya mimpi. Dan dia, bertekad untuk selamatkan serta bebaskan Falee dari kegelapan. Itu janji Luqman terhadap Falee.
"Kahwin. Bukanlah satu keutamaan dalam hidup Fadhli. Aku tak kisah dengan siapa dia akan kahwin nanti, dengan siapa dia akan berkongsi hidup. Yang aku cuma mahukan, Fadhli hidup bahagia," luah Datin Alana.
Puan Sofia terkesan dengan luahan dari Datin Alana. Seperti dia, dia juga mahukan yang terbaik buat anak saudaranya. Ya, Ibu kepada Luqman merupakan kakak angkat Alana. Dia melarikan diri dari rumah, dan mengahwini pilihan hati, iaitu bapa kepada Luqman serta Falee. Namun, mahligai indah itu hanya bertahan ketika Luqman sudah berusia 12 tahun.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...