MEJA bulat itu menjadi saksi tiga orang lelaki dengan pangkat masing-masing saling bertukar pendapat mengenai misi penyamaran Scorpion.
Brigedier Jeneral Roshidi Tuah melipat kaki. Calon yang mereka pilih bukan calang-calang orang juga. Mereka berempat merupakan penuntut terbaik kursus asas Komando. Anggota GGK, UTK, dan Vat69 yang terdiri daripada Qaf Rayyan, Zafrul Aiman, Luqman Fadhli serta Qaf Raykal.
Misi penyamaran yang mengambil masa selama tiga bulan itu perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Silap sedikit, mati jawabnya!
Jeneral Tan Sri Mahmood menggeleng. Menolak bulat-bulat cadangan dari DCP Harun yang bertugas di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
"Aku tahu, kapten Zafrul Aiman the best sniper that we have. Tapi kalau kita letak dia untuk lead misi kali ini, I don't think we gonna make it." ujar Jeneral Mahmood.
Jeneral Tuah menggaru keningnya. Memang benar apa yang dikatakan oleh rakannya itu. Mereka berempat, memiliki kelebihan dan kekurangan. Terpulang dari keputusan yang ditentukan, siapa akan dihantar untuk menjadi perisik Datuk Sufian.
"INSP Luqman Fadhli. Good at combat, good at surviving skill, and good leadership. Apa lagi yang kurang?" tambah Jeneral Mahmood sambil membelek kertas maklumat peribadi Luqman.
"Bila di fikir semula, kita tak patut campur tangan dalam kes Datuk Sufian. Biar JSJN yang jalankan tugas mereka, tapi adik INSP Luqman turut terlibat dengan Datuk Sufian. Dan, aku pasti. INSP Luqman takkan berdiam diri selagi dia tak diserap masuk ke dalam misi ini," DCP Harun dan Jeneral Mahmood mengangguk faham setelah mendengar pendapat dari Jeneral Tuah.
Walaupun di dalam hatinya, dia hendak menyarankan ASP Raykal, ataupun Mejar Qaf yang dihantar ke sana. Tetapi dia kuburkan saja niatnya itu. Kerana dia tahu, INSP Luqman tidak akan menghampakan harapan mereka. Dan kembali dengan tangan kosong.
Misi penyamaran selama tiga bulan itu bertujuan mengumpul bukti-bukti kukuh untuk membuktikan kesalahan Datuk Sufian dan dibawa ke muka pengadilan. Dengan bukti yang mereka ada sekarang, mustahil Datuk Sufian didapati bersalah dan mengaku perbuatan jenayah yang dia lakukan.
Macam tidak kenal dengan lelaki itu. Lelaki yang berpengaruh besar dan mempunyai kuasa luar dalam.
Dan, mustahil. Datuk Sufian membiarkan lalat-lalat seperti mereka mengacau buburnya.
"Macam mana... setuju?" soal Jeneral Mahmood.
"Aku ok saja." Ringkas jawapan dari Jeneral Tuah yang berwajah tenang.
"Aku..." DCP Harun mengeluh di hujung kata.
"...Setuju. Scorpion Undercover. Bila operasi itu akan bermula?" soal DCP Harun.
"Soon. But, not now. Kita kena fokus 'bersihkan' laluan kat belakang dulu, baru settle bahagian depan. Get it?" Jeneral Mahmood tersenyum lebar.
"ABANG janji takkan tinggalkan Falee?"
Kata-kata Mikayla Fahli terngiang-ngiang di fikiran Luqman. Konon, dia berjanji takkan tinggalkan adiknya itu. Tetapi sekarang apa? Adiknya diculik dan dijual kepada Bapa ayam. Entah hidup lagi atau tidak, Luqman sendiri tidak tahu.
Puas dia cari, korek maklumat. Dan, baru-baru ini dia mendapat berita bahawa adiknya masih hidup lagi. Gembira? Tidak. Malah semakin menggunung rasa bersalahnya terhadap Mika adalah!
Mikayla Fahli. Satu-satunya adik perempuan Luqman Fadhli yang baru berusia dua puluh empat tahun. Mereka terpisah selepas kematian arwah Ibunya, Falisha, lima tahun lalu.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...