"Salah kau... salah kau cuma satu, Seroja. Kau dah rampas kebahagiaan aku. Kau dah rampas semuanya dalam hidup aku sejak kelahiran kau ke dunia ini!" tengking Mak Nab.
Oja terdiam. Dia? Rampas apa? Bukankah kebahagiaan itu dimiliki oleh semua orang?
"Maksud Mak Long?"
"Pernah terdetik dihati aku nak memaafkan apa yang Mak dah buat dekat aku. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan sakit yang dia rasa pada masa itu. Sakit lagi hati aku. Selama lapan tahun... lapan tahun aku tunggu dikurniakan anak. Selama lapan tahun aku bersabar dengan perangai mak, Seroja. Bila dah dapat Ubai, mak nak aku gugurkan kandungan sebab dia nakkan cucu perempuan. Bila dah dapat Isya, dia uji pula nak kahwinkan Farok dengan perempuan lain hanya disebabkan aku tak dapat beri dia cucu banyak-banyak. Hati aku sakit sangat... sakit yang aku rasa ini takkan dapat disembuhkan dengan apa-apa."
Sebagai anak sulung, Nabila banyak berkorban demi Nek Bedah. Tetapi pengorbanannya itu tak pernah dipandang walau sedikit pun. Yang dipuji, adik bongsunya. Ramli. Bapa kepada Oja.
Rupa-rupanya, mereka berdua ialah anak angkat yang diambil dari rumah anak-anak yatim ketika Nek Bedah tak punya cahaya mata. Pada mulanya, layanan Nek Bedah terhadap Mak Nab dan Pak Ngah Hakimi tak ubah seperti layanan terhadap anak yang dikandung. Tetapi, sejak kelahiran Ramli. Semuanya berubah.
Perhatian Nek Bedah tertumpu sepenuhnya kepada Ramli sehingga menimbulkan api cemburu dalam diri Mak Nab. Padahal, Nek Bedah melayani mereka sama rata. Tiada yang berbeza. Namun, entah mengapa Mak Nab merasakan Nek Bedah pilih kasih.
"Aku benci tengok muka kau, Seroja Ainul! Aku benci! Bila aku tengok muka kau ini, kau buat aku teringat kat si Ramli dengan si Mariana tu. Kalau Ramli tak lahir, aku tak benci pun dekat mak. Tetapi kelahiran kau, dengan si Ramli tu bawa malang dalam hidup aku! Pembawa sial! Hidup aku berubah disebabkan kau, Seroja!"
Hamburan kata menusuk ke dalam jiwa. Sakit bagai ditusuk sembilu. Amat pedih ditekaknya. Tetapi, sedaya upaya dia telan dan terima hakikat bahawa tiada sesiapa yang sukakan kelahirannya itu.
"Oja mengaku... memang Oja ini pembawa malang dalam hidup Mak Long. Bencilah Oja, buanglah Oja ke mana sekalipun, tapi tolong... jangan benci Nenek. Dia tetap ibu mak long. Mak long takkan dapat ubah, biarpun mak long cuba berkali-kali. Itu namanya melawan ketentuan takdir, mak long." Oja tahan air mata dari mengalir.
Kanvas dipeluk erat. Kalau boleh tak mahu dilepaskan.
Tanpa Nek Bedah, Mak Long Nabila dan Pak Ngah Hakimi takkan merasa kasih sayang berkeluarga. Takkan merasa punya Ibu, takkan merasa punya Ayah.
Tahu benar apa yang dilakukan oleh Nek Bedah pada masa lalu memang patut dibenci. Tetapi, Nek Bedah menyesali perbuatannya itu. Cuma dia tak punya keberanian meminta maaf kepada Mak Long hingga ajal yang menjemput. Dia malu, dan takut Mak Long tidak memaafkan Nek Bedah.
Bukankah meminta maaf dan memaafkan itu adalah satu perbuatan yang mulia?
Mengapa lebih memilih ego berbanding kemaafan?
Dada Mak Nab turun naik. Sakit telinganya dicuci petang-petang itu.
"Aku tak kira. Mulai hari ini... kau jangan berani tunjukkan muka dekat tempat aku. Jangan sibuk pasal aku. Jangan ambil tahu pasal keluarga aku. Kalau kau mati pun, aku tak ingin jenguk kau!" Mak Nab berpusing ke hadapan.
Berjalan dengan lenggokan kiri dan kanan sambil mengibas-ngibas wajahnya yang terasa panas akibat bahang api.
Batrisya menyilang tangan. "Kau dah dengar kan? Tunggu apa lagi? Takkan tunggu aku report polis baru kau nak berambus?"
![](https://img.wattpad.com/cover/362911930-288-k575924.jpg)
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...